mimpi


Malam ini aku mahu bisikkan kata cinta dalam setiap mimpi yang aku tempuh. Moga jika dalam salah satu mimpi itu ada kau, kau akan sedar dan tahu betapa aku benar-benar serius dalam hal ini.

aku cinta kau.

To Be A Nerd


Gugup. Takut. Risau.

Aku sedang duduk sendirian. Sedang berseronok duduk sorang-sorang.

Okey aku tipu. Tak seronok sangat pun duduk sorang-sorang macam ni lama-lama. Aku perlu tenggelam dalam dunia membaca agaknya. Jadi nerd. Pakai spec tebal-tebal.

And people gonna call me nerdy. Not loser.

Tapi jadi loser seronok apa. Tenggelam dalam dunia sendiri. Tak perlu nak kisah pasal manusia lain sangat. Kisahkan diri saja. Layan jiwa-jiwa luka. Malam-malam cuba kirakan pusingan kipas dalam satu minit contohnya.

Atau pandang dinding. Pandang dan pandang.