Showing posts with label sad. Show all posts
Showing posts with label sad. Show all posts

terlajak

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak suka kan seseorang , aku sendiri tak tahu nak undur cemana. 

malas

menyampah lah aku buka laman sosial seperti twitter mukabuku. nampak wajah kalian berpasangan

tunang-nikah-pregnant-pegang baby-cium suami

aku tade macam tu. makin aku nak nak nak. makin aku mahu mahu mahu. minta minta dengan sungguh sampai kering air mata, makin rumit hidup aku. aku pun nak macam tu

tunang-nikah-pregnant-pegang baby-cium suami

ayat macam desperate. mampos lah! aku cemburu. ya!

aku cemburu dengan kau yang berpacar. ucap gudnite tiap malam. hidang suara manja pada yang tersayang. sedangkan aku perempuan yang dibuang. ah!

aku dah malas!
menyampah!
ya!
aku dah benci!

2013 lepas

2013.

Dah habis.
Lalui banyak perkara.
Pahit lebih dari manis.
Nangis lebih dari gembira.

2013.

Tahun mengembara.
Tahun mencari.
Tahun terbukanya rahsia.
Tahun air mata.
Tahun curiga.
Tahun penipuan.

2013.

Setiap lelap.
Setiap bangkitnya.
Dari tidur.
Dari mati.
Penuh nangis.
Penuh air mata.

2013.

Jumpa macam-macam orang.
Jumpa macam-macam ragam dan perangai.
Jumpa macam-macam rahsia.
Jumpa macam-macam nilai.

2013.

Tahun jatuh.
Tahun menangis.
Tahun darah.

2013

Tahun palit segala caci makian.
Tahun ungkit mengungkit.
Tahun berkorban kasih.

2013.

Terima kasih.
Terima kasih untuk pengalaman.
Terima kasih untuk kekuatan.

2013.

Yang pastinya aku masih disayang Tuhan.
Aku masih menjadi kesayangan mak dan ayah.
Alhamdulillah.
Terima kasih, Allah.

2013.

Tahun pengajaran.
Tahun kenal arti kejujuran.
Tahun kenal arti keikhlasan
Tahun andaian.
Tahun boneka.

2013.

Tahun keperitan
Tahun habis berkesudahan.
Terima kasih untuk setiapnya.

2013.

Tahun.
Kembali ke jalan Tuhan.
Tahun.
Menyedari.
CintaNya lebih dari segala.
Agungnya cintaMu.
Allah.

2013.

Lepas.

luruh

Nangis lagi ke She?

Lap air mata kau tu.

*hulur tisu*

jangan dipaksa jodoh

Ianya bagai tradisi

Barangkali mahu realitikan kisah di novelisi

Seperti biasanya

Aku menangis

Bonda datang dan usap rambutku

Dikatanya ke aku

"Kita manusia..Apalah ada pada kita untuk memaksa jodoh"

"Kita hanya hamba..Siapa kita untuk persoal kerja Allah.."

"Dia lebih tau apa yang terbaik..."


Badi

Aku tahu tajuk entri agak mengarut dan khurafat .Mungkin?Ah lantaklah.Kang ada yang terasa diri dikutuk pulak.

Badi.

Aku suka karoke dan nyanyi-nyanyi sempoi. Antara lagu yang wajib aku sumbangkan adalah "pelamin anganku musnah"

Tajuk memang menakutkan.

Pelamin tu memang dah musnah. Lagu jadi kenyataan. Dua ex bopiren aku dah temui pengganti yang hangat. Lalu aku ditinggalkan di tepi jalan. Disuruhnya aku move on. 


Katanya "semoga ada lelaki yang akan menerima awak"

"Saya bukan lelaki yang baik untuk awak..."

Dah tau tak baik tapi kau ada pengganti baru. Macam mana tu? Kahkahkah (gelak pura-pura). Cool lah nasihat diorang. Kan?


Kedua..

"Tak sengaja lewat depan rumahmu, ku melihat ada tenda biru"


mana tak nya..ex bf aku yg dulu dah nak kawen. dengan pujaan hati beliau. 

Ketiga..

"Burung-burung pun turut berkicau menyanyikan lagu indah..."

Dah.

Aku tanak teruskan nyanyi lagu tu. Kang aku meroyan..

Haa..Lagu-lagu tersebut memang jadi kenyataan dalam hidup. Aku rasa lagu tu jahat. Saje je tanak bagi aku bahagia. Dua orang lelaki yang pernah aku sayang dah pun temui pengganti. Yang pertama tu bakal diijab kabulkan. Yang kedua ni, dengar dah nak bawak jumpa mak ayah.

Aku?

Aku teruskan hidup dalam keadaan meroyan. Orang kiri kanan kata aku bodoh dan lemah. Dihantui janji palsu dan kenangan lama.

Habis,

Kalau cinta yang hanya kita sorang cinta? Tak kan nak kawen?

Itu kata-kata dari seorang wanita yang tegas dan titahnya tidak boleh dilawan. Kalau lawan, Kelak akan aku ini diheretkan ke mahkamah. Jika aku bidas kata-katanya, Kes aku akan mengalahkan kisah altantuya dan alvivi.

Wah kelakarnya. Nampak tak perangai meroyan aku di sini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk melayan aku. Lepasni aku tak kan nyanyi lagu ni lagi.

Sumpah.

Sometimes Its Just Good To Forget

damn!!

Subhanallah

Semejak
dua menjak
tiga menjak ini.

Bila bangun pagi. Kepala rasa berat, fikiran rasa bodoh.

Sakit berulangkali, tempat yang sama.

Fikir fikir, barah otak rasanya.
Kalau benar apa yang aku rasakan.








Subhanallah.

ikot kau lah

nak cakap aku LOSER ke ape , lantaklah . Tapi serious , aku rindu kau. 
Kthanksbye

aku rasa aura.Aura.

Bila ku lihat dirimu
Ku bayangkan engkau milikku
Tapi walau bagaimana pun
Aku selalu bertanya

Do you ever think of me
Bila kau lihat akan warna biru
Itulah perasaan ku
Bila mengangankan dirimu

Pengertianmu diriku
Aku gila padamu
Tapi kau harus fikirkan
Jodoh Tuhan yang tentu
dirimu..
Ku tahu sedar kewujudan mu
Aura ini ku rasakan dari mu

Aku memang melihatmu
Walaupun kau jauh di situ

Ku pun mula bertanya
Adakah logik kita kan bersama
Kena sometime ku melihatmu
Engkau pula senyum padaku

why why?

knp kau tak msg aku?
kenapa?
kenapa?
kenapa?

aaaaaaaaaaaaaaaaaa.....dah dah laa shera. 

Apehal

Apehal asyik ingatkan kau je ni? 
Apehal asyik rindukan kau je ni? 
Apehal asyik nak contact dengan kau je ni? 
Apehal kalau x contact dengan kau aku rasa macam hidup aku xada bahagia je ni? 
Ape ni? 
Apeee ? 
Weh, jangan lah macam ni hati. Kesian kat aku.

Tunggu

Aku suka kau kan dah lama. Boleh tak aku nak terus suka kau dan tunggu kau utk setahun dua lagi?

hampa

aku tunggu kau reply, sampai aku tertidur. bangun balik tengok phone. still takde.

bangang jugak jadi aku ni.

robot





Kalau aku robot sekalipun, belum tentu aku dapat buang perasaan aku ini pada kau. Tapi robot takde perasaan kan? Persetankan robot itu, yang berperasaan sekarang ini adalah aku. Ye aku, ShraShrf!

hati

Aku tak tahu dan aku tak pasti. Apa perasaan kau sebenarnya. 



Tolonglah. Jangan macam ni Hati. Aku penat, kau boleh tolong suka kan orang lain boleh tak? Bangang! 



hati cakap hati tengah cuba nak buang perasaan tu. sedang cuba. sbb hati tahu hati takkan pernah dapat.

rindu dan suka

Saat yang dimana kau merasai suatu perasaan suka yang tak tertulis dalam kata-kata, tapi dalamnya rasa kesukaan itu sangat dahsyat sekali umpama ombak rindu yang melanda. Maya Karin dengan Aaron Aziz pun ada tau. hambar. hambar.

suka tu..


Aku tak tahu kepada siapa harus dikhabarkan, kepada siapa yang diadukan dan kepada siapa untuk dipinjam bahu. 


Aku merasakan, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah suka, biar terus hanyut dalam lautan suka. Tapi sampai bila mahu hanyut? Nak lemas baru menyesal? Ke dah lemas tapi suka lemas?


suka itu kejam, bukan? Ianya hadir menerjah tanpa permisi, tanpa boleh disentuh tapi dirasakan dalam sanubari. suka bukan surat kebenaran untuk memiliki, suka itu risiko. aku pandai suka, aku jugak kene pandai tanggung kesannya. Kalau takut dengan suka, jangan berdunia, duduk dalam gua.


Rindu tu

Aku mahu mengadu rindu pada kau, tapi aku tahu kau tak mahu tahu tentang rindu aku walaupun melalui cara, patutnya kau dah lebih daripada sedar dan membalas rindu ini dalam kadar segera.


Rindu dan suka tu

kau tak mahu tahu tentang rindu dan suka aku kerana kau tak bisa membalas, kerana dasar rasanya kau tak merindui dan menyukai. Mana boleh nak mengaku rindu padahal sebutir rindu pun tiada? Menipu kang kena ketuk kepala pulak. ye dak?


Rindu dan suka kau bukan milik aku, sayang kau bukan milik aku, cinta kau bukan milik aku. Mungkin takkan pernah jadi aku punya, sepenuhnya. 


ok aku tengah jiwang, tolong layan kan je. suka teruskan baca. tak suka tutup terus blog aku

Rindu dan suka  ni kalau ianya manusia, dia memang seorang manusia yang kejam. Datang sesuka hati, mengkhianati kita dan buat malam-malam kita berenang air mata. Dia mesti jenis kawan yang tikam belakang kawan lain. Tapi diam-diam, dia tetap dipuja sesetengah manusia.


Kan best kalau rindu dan suka itu sesuatu yang wajib dibalas. Maknanya, jika aku merindu kau, kau perlu merindui aku balik, wajib, kalau tak rindu tu boleh dijatuhkan hukuman berat. 


ok.Gila. seperti biasa aku menjadi gila!

Kalau rindu dan suka tu suratan di tangan, aku rasa aku manusia paling bahagia di dunia. Dari rasa rindu dan suka, hadir sayang dan muncul rasa cinta. 


faham tak kat situ?


Bye bye rindu, kau buat aku gila lah bodoh. 

tanpa tajuk


orang cakap,

dari mata,
boleh turun ke hati.

tapi,
bila dah di hati,
dari mata,
membasahi pipi.

ah,
itu tetap sesuatu yang semula jadi,
yang sesuatu ilusi,
tapi aku sangat pasti,
cinta itu,
selalu hadir yang dusta,
sebab nanti ada kisah bahagia.

supaya kita belajar semua rasa.


apa ada pada cinta?

:'(

Allah. kenapa aku ni mudah tersentuh ya? sungguh aku sedih sikit. aku rasa cukup laa setakat ni. aku give up! give up! give up! yaaa.. sbb aku nampak kau mmg tak suka dan tak nak..

kalau betul kau baca ni, dan kau tahu yang aku maksudkan ni kau, sini aku terangkan sikit,

kalau kau tak suka ape aku buat, aku minta maaf. lepas ni aku tak buat lagi.

tapi, kalau kau suka, aku minta maaf sbb aku give up. tapi aku nak kau tau aku tetap suka kau. kalau aku berdiam, kau cari lah aku, bagi tau yang kau pun sama (harap-harap). aku sentiasa ada. kan aku penah cakap, sekarang aku tgh cuba pasakkan kaki aku pada bumi utk kau.

aku menangis lagi malam ni. terkenang kan kau. aku bukan mudah nak jatuh cinta.. lambat. cuma sekarang, aku suka kau. sbb kan perasaan suka tu mmg dah lama ada. aku susah nak buang. perasaan syg mungkin akan ada kalau perasaan suka aku dibalas dengan suka. yaaa..itu aku suka!



aku rasa cukup sekadar layanan kau pada aku sekarang dah buktikan yang kau mmg tak suka. sekian.

a hater, a lover

i hate darkness;
as much as i do like happiness.

merobek jiwa sendiri
merungkai kata yang berbelit
membiar kering apa yang terbasah

ulang lagi sengsara.

mencari cinta seorang kekasih
mengejar mimpi dalam angan
menghancur luluh hati terluka

pepsi kata ask for more.


p/s : terjumpe buku notakecil lama dalam kotak..yg pasti coretan ini ditulis pada 18january 2009