Paling

Paling banyak aku boleh maki
Paling kuat aku mampu keji
Paling hebat aku pasti puji


Paling bai, kau sila pergi mati!

Politik hidup

Apabila rakyat biasa berkata,
habis gundah yang bermaharajalela,
Dicantas terus membuang bisa.
Inikah keamanan bagimu sang penguasa?
Keamanan dimana asal engkau terus berkuasa.

Dan rakyat terus sengsara.
Kalau betul ini demokrasi, teruskan.
Terus sampai mati.

Topeng



Dua muka
Diluar malaikat 
Didalam syaitan

Terlihat baik
Tersembunyi buruk
Kata kata semua berlapis
Kalimat, tak ada yang bertapis.

hati tak pernah berjalan seiring katakata
mulut serentak berjalan seiring hati

Dan manusia
Dan topeng.
Serasi.

#11

Andai pejamku kali ini, andai tidurku malam ini, bawa aku terus meninggalkan dunia nyata ini, tolong bilang sama dia, mohon biar dia tahu, aku sayang, aku rindu, aku cinta akan dirinya. Sayang, rindu, dan cinta ini padanya tidak pernah sekalipun dibuat-buat, diada-adakan. Perasaan ini ikhlas semata-mata. Ikhlas dari suatu hati ini, Suatu hati yang selalu inginkan dia di sisi. Selamat malam.


Tetap menanti.

Tidak akan pergi.

Si perempuan itu!

Salam. Hi semua!!! Hari ni kita nak cerita sikit kisah satu perempuan nie.Jiwang sikit la kot tapi kita suka. Untuk kita, setiap cerita itu terjadi, lebih awesome dari movie atau filem walaupun mungkin, jalan ceritanya tak sehebat filem.

"Jangan menidakkan sesuatu yang mungkin untuk kita. Si dia mungkin tak sesempurna lelaki lain, tapi cuba tengok ketidaksempurnaan dia. Dia berani. Dia berani untuk menyayangi si perempuan itu. Dia berani berhadapan hidupnya malah memperjudikan masa depan dia buat seseorang yang tiada keistimewaan. Siapa yang tak istimewa? Si perempuan itulah! Si perempuan yang layak dikata seperti, 'masih ramai yang cocok untuk kau, wahai lelaki, tapi kenapa perempuan itu?' Tapi buat masa sekarang, si dia masih teguh dengan dengan pilihannya dan Si Perempuan Itu berharap, piihan si dia tidak beralih. Walau waktu kian berjalan. Kerana, untuk Si Perempuan Itu, ketidaksempurnaan lelaki itu mampu menjadi kesempurnaan Si Perempuan yang tidak istimewa  seterusnya wujudlah.. kisah kita. Si lelaki kerap kali menyebut, 'hidup ini saling melengkapi'. Bukan senang nak mulakan hidup yang baru. Banyak juga dugaan yang datang pada Si Perempuan itu. Ada yang tidak setuju. Ada yang tidak terima. Ada yang suruh berjaga-jaga, takut nanti ditinggalkan si dia. Si perempuan itu diam. Bukan kelu lidah. Cuma satu reaksi sahaja yang dipamerkan, iaitu 'senyum'. Barangkali mereka masih peduli. Si perempuan itu juga percaya, si dia pasti punya dugaan tersendiri untuk ditempuhi. Kalau si dia mampu, kenapa bukan Si Perempuan Itu? Sebab si perempuan itu percaya, yang si dia harus kuat. Bila si dia kuat, Si Perempuan Itu pasti mampu. Sejauh mana hala tuju ini mampu melebarkan sayapnya? Sejauh yang mungkin, barangkali.. Si Perempuan Itu sering mengingatkan, bahwa bukan senang untuk menyayangi. Bukan senang untuk percaya. Bila sayang dan kepercayaan itu sudah dipupuk, jangan sia-siakannya kerana moment selepas itu takmungkin akan sama seperti dikecap dahulu. Takmungkin sama."

Lalu, Si Perempuan Itu berterima kasih atas kurniaan Si Dia buatnya. Semoga segalanya  mampu ditempuh. Jika hilang sekalipun, biarlah hilang dalam rasa cinta yang mampu dibawa hanya kerana Allah swt. Wallahualam.

p/s: Pilih pasangan hidup, sekali. Seumur hidup...

i love you, berukk.

syukur ku

Semalam, harini dan dengan izin-Nya lusa
aku tak henti-henti ucap syukur.
Dia beri aku satu kehidupan
Satu benda perbandingan
Yang hidup ini sangat menarik.

Ya masalah itu ada.
Semua orang ada masalah.
Aku, kau, mereka, semua ada masalah.
Tapi jangan jadikan masalah itu untuk kita buta
Buta atas keindahan yang ada.
Kesilapan manusia ialah lebih banyak
nampak busuk dari wangi.

Aku bersyukur lagi saat ini.

Dia hantar kepada aku manusia-manusia hebat.
Tarik bibir aku untuk senyum terus.
Saat aku jatuh, saat aku gembira.
Aku harap ia kekal selamanya.
Selama mana dunia ini masih ada.
Dan bila tiba masa,
aku nak bawa pula mereka ke syurga.

Ya, dengan izin-Nya, selamanya.
Sayangku ini, untuk mereka.
Sayangku ini, tiada kata.

//aku tak perlu 1000 kali kuantiti kalau aku ada 10 orang kualiti.

Dia



Beberapa minggu lepas hingga saat aku tulis ini, aku umpama
melalui proses peralihan baru dalam hidup aku.
Proses dimana aku cuba berganjak dari rampuk lama kepada yang baru.

kini, aku rasa aku sudah mula suka kepada 
perkataan dibandingkan kepada kata kata.
Jadi aku cuma mahu diam sahaja sekarang.
dan hanya dia sahaja yang pegang kunci.


dia takdir aku, jika diizinkan Tuhan.

terlajak

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak suka kan seseorang , aku sendiri tak tahu nak undur cemana. 

Pencuri hati

Mungkin tiada siapa yang mengerti apa isi di hati ini. Tapi buat si 'Pencuri Hati', tolong pulangkan kembali hati aku. 
Aku tak nak bagi hati aku kat kau sebenarnya, tapi terbagi. Macamana ? 
err..
Aku... 
emm...

Aku suka kau.

2 month





Hye! I'm Shahira Sharif & I officially moved on for two month and still counting. Isha'Allah . Thanks pada manusia sekeliling aku yang banyak sedarkan aku betapa pentingnya & bernilainya benda lain, jika ingin dibandingkan dengan dia yang telah tinggalkan aku.  
No hard feelings. 
Thanks -!-

tulis.gerak.kata


bila tulis
boleh susun kata
sulam ayat

padam ejaan salah
kembali betul tulis

bila kata
apa diungkap
ndak bisa ditarik kembali

bila gerak
bicara badan itu
tidak boleh berpatah kembali

bila janji pada orang
mudah ikut tulis
susah ikut gerak
senang ikut tulis
susah ikut kata


::klu sukar tunai janji [ gerak ] usah tabur ayat [ tulis ] kelak diri kelu diam [ kata ]



#apabila menulis itu lebih senang dari berkata-kata, senang untuk memberikan ayat dari melaksanakan gerak..

malas

menyampah lah aku buka laman sosial seperti twitter mukabuku. nampak wajah kalian berpasangan

tunang-nikah-pregnant-pegang baby-cium suami

aku tade macam tu. makin aku nak nak nak. makin aku mahu mahu mahu. minta minta dengan sungguh sampai kering air mata, makin rumit hidup aku. aku pun nak macam tu

tunang-nikah-pregnant-pegang baby-cium suami

ayat macam desperate. mampos lah! aku cemburu. ya!

aku cemburu dengan kau yang berpacar. ucap gudnite tiap malam. hidang suara manja pada yang tersayang. sedangkan aku perempuan yang dibuang. ah!

aku dah malas!
menyampah!
ya!
aku dah benci!

2013 lepas

2013.

Dah habis.
Lalui banyak perkara.
Pahit lebih dari manis.
Nangis lebih dari gembira.

2013.

Tahun mengembara.
Tahun mencari.
Tahun terbukanya rahsia.
Tahun air mata.
Tahun curiga.
Tahun penipuan.

2013.

Setiap lelap.
Setiap bangkitnya.
Dari tidur.
Dari mati.
Penuh nangis.
Penuh air mata.

2013.

Jumpa macam-macam orang.
Jumpa macam-macam ragam dan perangai.
Jumpa macam-macam rahsia.
Jumpa macam-macam nilai.

2013.

Tahun jatuh.
Tahun menangis.
Tahun darah.

2013

Tahun palit segala caci makian.
Tahun ungkit mengungkit.
Tahun berkorban kasih.

2013.

Terima kasih.
Terima kasih untuk pengalaman.
Terima kasih untuk kekuatan.

2013.

Yang pastinya aku masih disayang Tuhan.
Aku masih menjadi kesayangan mak dan ayah.
Alhamdulillah.
Terima kasih, Allah.

2013.

Tahun pengajaran.
Tahun kenal arti kejujuran.
Tahun kenal arti keikhlasan
Tahun andaian.
Tahun boneka.

2013.

Tahun keperitan
Tahun habis berkesudahan.
Terima kasih untuk setiapnya.

2013.

Tahun.
Kembali ke jalan Tuhan.
Tahun.
Menyedari.
CintaNya lebih dari segala.
Agungnya cintaMu.
Allah.

2013.

Lepas.

opinião


Someone gave me insightful  advice.


"Don't ever force someone to love you when they don't"

luruh

Nangis lagi ke She?

Lap air mata kau tu.

*hulur tisu*

percaya

“Jangan takut untuk keluar dari sebuah hubungan yang hanya mendukakan kamu, tidak kisah berapa pun usia kamu. Jangan risau persoalan masih ada lagikah yang sudi? Kerana yakinlah, pegang betul-betul, bahawa janji Allah itu pasti. Jodoh kamu, insyaAllah sudah ditetapkan sejak azali”
"Yang digarikan itu tangan, yang dicincinkan itu jari. Bukan nyawa, bukan hati"
-Wani Ardy

Avada Kadavra


Actually,


I really want magic to be real like in harry potter so I can have my own personal wand and everything!



Hehehe..



And,



Oh..



If only Avada Kadavra really worked...



Hmmmm..



Alangkah bestnya lah kan? 



jangan dipaksa jodoh

Ianya bagai tradisi

Barangkali mahu realitikan kisah di novelisi

Seperti biasanya

Aku menangis

Bonda datang dan usap rambutku

Dikatanya ke aku

"Kita manusia..Apalah ada pada kita untuk memaksa jodoh"

"Kita hanya hamba..Siapa kita untuk persoal kerja Allah.."

"Dia lebih tau apa yang terbaik..."


Badi

Aku tahu tajuk entri agak mengarut dan khurafat .Mungkin?Ah lantaklah.Kang ada yang terasa diri dikutuk pulak.

Badi.

Aku suka karoke dan nyanyi-nyanyi sempoi. Antara lagu yang wajib aku sumbangkan adalah "pelamin anganku musnah"

Tajuk memang menakutkan.

Pelamin tu memang dah musnah. Lagu jadi kenyataan. Dua ex bopiren aku dah temui pengganti yang hangat. Lalu aku ditinggalkan di tepi jalan. Disuruhnya aku move on. 


Katanya "semoga ada lelaki yang akan menerima awak"

"Saya bukan lelaki yang baik untuk awak..."

Dah tau tak baik tapi kau ada pengganti baru. Macam mana tu? Kahkahkah (gelak pura-pura). Cool lah nasihat diorang. Kan?


Kedua..

"Tak sengaja lewat depan rumahmu, ku melihat ada tenda biru"


mana tak nya..ex bf aku yg dulu dah nak kawen. dengan pujaan hati beliau. 

Ketiga..

"Burung-burung pun turut berkicau menyanyikan lagu indah..."

Dah.

Aku tanak teruskan nyanyi lagu tu. Kang aku meroyan..

Haa..Lagu-lagu tersebut memang jadi kenyataan dalam hidup. Aku rasa lagu tu jahat. Saje je tanak bagi aku bahagia. Dua orang lelaki yang pernah aku sayang dah pun temui pengganti. Yang pertama tu bakal diijab kabulkan. Yang kedua ni, dengar dah nak bawak jumpa mak ayah.

Aku?

Aku teruskan hidup dalam keadaan meroyan. Orang kiri kanan kata aku bodoh dan lemah. Dihantui janji palsu dan kenangan lama.

Habis,

Kalau cinta yang hanya kita sorang cinta? Tak kan nak kawen?

Itu kata-kata dari seorang wanita yang tegas dan titahnya tidak boleh dilawan. Kalau lawan, Kelak akan aku ini diheretkan ke mahkamah. Jika aku bidas kata-katanya, Kes aku akan mengalahkan kisah altantuya dan alvivi.

Wah kelakarnya. Nampak tak perangai meroyan aku di sini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk melayan aku. Lepasni aku tak kan nyanyi lagu ni lagi.

Sumpah.

Rusuk

Jalan cerita ni cuma ada dua kemungkinan
Antara ' sekarang belum waktunya ' 
atau memang 'bukan untuk selama lamanya '

Cita cita tu blh tak jangan tinggi menggunung sangat

Nak buat cerpen. Or novel. Agak agak blh berjaya tak? Ok. Nak start sekarang. 
Kthanksbye! 

Nampak

.. Ketentuan.

Apa lagi?

Redha she..

Sometimes Its Just Good To Forget

damn!!

backpacking

dah lama aku tak buat hobi aku macam dulu. backpacking. lama sangat rasanya tak berbackpacking.
ok. early march ni aku nak ke jakarta and bandung. ke studiotrans kata nya..and ofcourse aku berbackpacking. siapa nak join jom lah.. booking ticket flight cepat. katanya tengahmurah sekarang. lagi murah dari aku beli hari tu. jom lah jom lah.

and satu lagi aku rindu kan Terengganu. rasa macam nak ke Terengganu.

JOM!

lari

Kalau nak lari, biar kau lari jauh jauh. Hati hati waktu berlari agar kau tak jatuh. Moga moga kau tak penat dan tak mengeluh.

;)

sekarang aku tak perlu kan sesiapa isi future husband application form tu.
benda mudah

suka aku?
asalkan kau taat pada Allah. kau hormat orang tua. kau akan sayang aku lepas kawen. aku tak nak pun kemewahan. sbb kadangkadang aku pun makan nasi dengan ikan kering jugak.

aku terima.

jumpa ibu ayah aku.
kita cerita secara baik.
adat masih kita pegang.


mas kawen negeri selangor RM300 tau...hiks!


konfius

Damn!
Aku konfius.

aku memang suka dia.
macam aku cakap. aku suka dia belum tahap cintakan dia lagi.
aku tak tau dia macamana. dia suka aku ke tak?
tu yang aku konfius.

tapi
kawan aku ada pesan

"kalau kau tgk respon die macam acuh tak acuh. nak taknak. baik kau blah je. mana tau dalam diam ada org lain suka kau. nanti dia tgk kau ni terhegeh hegeh suka si ***** tu, frust pulak orang yg suka kau tu..kan dah melepas.."

aku pulak duk fikir je ni..

"tapi sekarang ni aku tatau ***** suka ke tak. kot kot lah kan dia pun suka aku. tapi dia tatau nak cakap macam mana dengan aku.mayb sebab die malu or else. haaa...camana? tak ke dia pulak frust sbb tgk aku dah pergi kat orng lain.."

tapi. memang pun aku dah rasa AGAK tawar hati nak terus kan. sbb aku rasa sangat lah malu.. malu nak terus kan lagii.. sebab macam aku sorng je yang kecoh nak msg dia. ni dah bape hari aku cuba tak msg dia. nasib laa ada kawan2 yang duk msg2 aku.. lupaa laa kejap untuk aku msg dia.. heheheh..
last last kawan aku bangang kan aku.

"kau jangan jadi bangang boleh tak? tolong laaa she, percaya pada jodoh Allah.. sekarang ni aku rasa memang dia just nak kawan je dengan kau. sbb dia mmg buat tatau je dgn kau. Ada dia msg kau? Ada die say Hii dekat kau? ada? kau je yang terhegeh hegeh duk msg dia..sudah sudah laa she. Mak aku penah pesan. pilih lah orang yang sayang kan kita. jangan pilih orang yg hanya kita je sayang dia. harap kau faham she.."


ok.
konfius.
damn!


ek eleh..benda basic je ni.. yang aku gegegegelabah sangat ni kenapa.. aku pun baru je sebulan lebih jadi single mingle ni.. rileks laaa.. have fun je. Kawan ada kan? so? keep in touch dengan kawan. jodoh? jodoh siapa tahu? kot kot aaaaa... kot kot.. aaaa jiran depan rumah ke (jiran depan rumah dah kawen woii, binik seksi lagiii..mengancammm! ) kot kot aaaa.. kawan ofis kau ke. (kalau satu ofis, habes laa kene berenti keje laa salah sorg), aaa..kot kot kawan kau sendiri ke.. ( kawan ok je.. sbb mungkin dah kenal sikit2 ).. haih.. sape2 je lah... 





#10

Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan

#9

Untuk 'si lelaki' yang aku suka dari 2012.

aku suka kau. hari ni dah 2014. kau tahu tak aku suka kau?

arjuna


Wahai Arjuna,

Dah ada yang punya belum?
Belum?

Izinkan saya..

Habit everyday.

My "last seen" is practically me looking at your "last seen" , then i exit.”

surat tak rasmi


To : ***** .

Aku suka kaulah.
Kau ni.
Takkan aku nak bagitahu kau yang aku suka kau.
Kau ni.
Kau ni betollah .

Wakwakwakwakwakwakwak 

                                                                              


Sincerely : 

Aku

#8

I must admit, I'm like someone who doesn't like me back.

Subhanallah

Semejak
dua menjak
tiga menjak ini.

Bila bangun pagi. Kepala rasa berat, fikiran rasa bodoh.

Sakit berulangkali, tempat yang sama.

Fikir fikir, barah otak rasanya.
Kalau benar apa yang aku rasakan.








Subhanallah.

-_-

AKU SUKA KAU GILE !
damn lah .
kthanksbye!

gegegegegelabahhhhhh :)

hahaha . gelak . gelak . aku tak tahan. sumpah aku cakap . haha . tengok jelah satu hari nanti. macam aku cakap , Tuhan maha adil , Tuhan maha mengetahui segalanya . dan sesungguhnya , Tuhan akan tolong doa seorang hambanya yang teraniaya . nak suruh aku bukak pekung ke ? no way lah . aku tak loser cam kau . hahaha . gegegelabahhhhh :)


sudahsudah lah tu wahai peah dan tarji. aku sekarang sikit pun tak amek kisah pasal korang wahai peah dan tarji.


ikot kau lah

nak cakap aku LOSER ke ape , lantaklah . Tapi serious , aku rindu kau. 
Kthanksbye

ish

Kalau aku cakap aku suka kau. Kau tak caye. Dahla . Malas nak suka kau. Suka orang lainlah macam ni.






konon merajuk lah aku ni kannn... 

Selagi Ada

Aku masih berpacak teguh disini,
Mencari manis yang pernah kau layangkan dulu,
Entah mengapa oh kau buat aku tertanya-tanya,
Kenapa aku masih berpijak pada tanah orang-orang setia?


Tanah ini pedih,
Tanah ini keras,
Tanah ini padu.

Kalau jiwa tak kental hati tak kuat,
Tak lama kita di tanah ini,
Patutlah aku mampu kira dengan jari berapa
anak manusia yang masih berada di tanah ini.


Mungkin kau tak rasa yang cara kau bagai memberi,
Mungkin aku yang merasa cara kau bagai memberi,
Mungkin kau mentafsirkan ia seumpama rasa biasa,
Mungkin aku mentafsirkan ia seumpama rasa luar biasa.


Aku sahaja aku sahaja aku sahaja,
Yang berlegar-legar di kaki lima rasa ini.


Haruskah aku melangkah pergi,
Atau harus tegak berdiri seperti biasanya..
Menanti lagi?


Aku bukan Imran Ajmain yang teguh menunggu seribu tahun,
Aku bukan Imran Ajmain yang rela mengejar seribu batu.
Langkah kaki aku tak sekuat seribu batu,
Jiwa aku tak sekuat seribu tahun,
Aku ini rapuh teramat.


Tapi selagi aku mampu memberi rasa dan merasa rasa ini,
Biarnya hanya dipandang tepukan aku berbunyinya sebelah saja tepuknya,
Langkah aku akan kekal disini,
Mungkin bukan seribu tahun,
Tapi selagi ada seadanya rasa itu.


Aku pilih untuk kekal,

aku rasa aura.Aura.

Bila ku lihat dirimu
Ku bayangkan engkau milikku
Tapi walau bagaimana pun
Aku selalu bertanya

Do you ever think of me
Bila kau lihat akan warna biru
Itulah perasaan ku
Bila mengangankan dirimu

Pengertianmu diriku
Aku gila padamu
Tapi kau harus fikirkan
Jodoh Tuhan yang tentu
dirimu..
Ku tahu sedar kewujudan mu
Aura ini ku rasakan dari mu

Aku memang melihatmu
Walaupun kau jauh di situ

Ku pun mula bertanya
Adakah logik kita kan bersama
Kena sometime ku melihatmu
Engkau pula senyum padaku

why why?

knp kau tak msg aku?
kenapa?
kenapa?
kenapa?

aaaaaaaaaaaaaaaaaa.....dah dah laa shera. 

Enough said

Aku rasa cukup setakat ni. Aku rasa gila bila aku sedar yang aku rupanya sedang kejar sesuatu yang tak mungkin aku dapat gapai. 

There is no need to say more..

Bye hang N***M

#7

Shera,please DON'T EXPECT TOO MUCH!

Siapa star star tu?

hari ni aku nak main teka teka. 
Siapa yang aku maksudkan star star dalam entry post aku yang lepas lepas. Meh tengok! 

*****

Aku bagi clue sikit.
Hujungnya M.

Ok?

Aaaaaa... Tak cukup?

Okey.
Pangkalnya N.


So.. 
N***M

Korang carik lah sendiri. 
Amacam?

#6

Aku jadi manusia yang paling, paling dan paling hipokrit bilamana aku sembunyikan perasaan aku yang sebenar atas sebab nak jaga hati orang lain. Kecewa, Derita, Perit & Pedih. Hati aku hancur, ranap, lunyai. Aku cukup cukup kecewa dengan diri aku sendiri sebab terlalu senang sangat nak give up dan terlalu mementingkan perasaan orang lain daripada perasaan aku sendiri. 

Bangang.

Apehal

Apehal asyik ingatkan kau je ni? 
Apehal asyik rindukan kau je ni? 
Apehal asyik nak contact dengan kau je ni? 
Apehal kalau x contact dengan kau aku rasa macam hidup aku xada bahagia je ni? 
Ape ni? 
Apeee ? 
Weh, jangan lah macam ni hati. Kesian kat aku.

Tunggu

Aku suka kau kan dah lama. Boleh tak aku nak terus suka kau dan tunggu kau utk setahun dua lagi?

hampa

aku tunggu kau reply, sampai aku tertidur. bangun balik tengok phone. still takde.

bangang jugak jadi aku ni.

robot





Kalau aku robot sekalipun, belum tentu aku dapat buang perasaan aku ini pada kau. Tapi robot takde perasaan kan? Persetankan robot itu, yang berperasaan sekarang ini adalah aku. Ye aku, ShraShrf!

hati

Aku tak tahu dan aku tak pasti. Apa perasaan kau sebenarnya. 



Tolonglah. Jangan macam ni Hati. Aku penat, kau boleh tolong suka kan orang lain boleh tak? Bangang! 



hati cakap hati tengah cuba nak buang perasaan tu. sedang cuba. sbb hati tahu hati takkan pernah dapat.

.



shera kirim salam kat kau. shera cakap dia rindukan kan kau...


shera? siapa?



shera tu aku..


aku..

jeritan jiwa

Kadangnya aku rasa penat dengan segalanya dan aku harap masa akan berhenti sebentar dan memberikan masa untuk aku melepaskan kepenatan yang aku rasa.


Aku mahu lari daripada semua manusia, tuntutan dunia, tuntutan rasa, tuntutan jiwa.


Aku harap dunia seperi dvd player, ada play, pause, fast foward dan rewind. Dan mungkin eject kan sesuatu gambaran yang aku tak mahu dalam hidup. Berangan... Yang pastinya, aku mahu lepaskan semua.


Lepaskan semua yang terbuku berbuku,
Lepaskan semua beban yang terbeban,
Lepaskan segala keresahan penat,
Kerana aku inginkan tenang itu.


Tenang yang di rasa di mana hanya aku dan diri aku sendiri saja mengerti keindahan diam itu. Sunyi.. Shhh. Sepi.


Tak perlu seribu lautan manusia di sekeliling sentiasa, kadangnya sunyi itu berwarna juga.


Hmmm..


Tapi bagaimana jika keseorangan diam yang sunyi itu yang bising dengan jeritan jiwa segala?


Hanyut lagi. 

nah aku kasi mudah

payah nak scroll??
sini aku kasi tau, semua yang pasal kau ada pada label 

crush, SecretAdmirer

rindu dan suka

Saat yang dimana kau merasai suatu perasaan suka yang tak tertulis dalam kata-kata, tapi dalamnya rasa kesukaan itu sangat dahsyat sekali umpama ombak rindu yang melanda. Maya Karin dengan Aaron Aziz pun ada tau. hambar. hambar.

suka tu..


Aku tak tahu kepada siapa harus dikhabarkan, kepada siapa yang diadukan dan kepada siapa untuk dipinjam bahu. 


Aku merasakan, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah suka, biar terus hanyut dalam lautan suka. Tapi sampai bila mahu hanyut? Nak lemas baru menyesal? Ke dah lemas tapi suka lemas?


suka itu kejam, bukan? Ianya hadir menerjah tanpa permisi, tanpa boleh disentuh tapi dirasakan dalam sanubari. suka bukan surat kebenaran untuk memiliki, suka itu risiko. aku pandai suka, aku jugak kene pandai tanggung kesannya. Kalau takut dengan suka, jangan berdunia, duduk dalam gua.


Rindu tu

Aku mahu mengadu rindu pada kau, tapi aku tahu kau tak mahu tahu tentang rindu aku walaupun melalui cara, patutnya kau dah lebih daripada sedar dan membalas rindu ini dalam kadar segera.


Rindu dan suka tu

kau tak mahu tahu tentang rindu dan suka aku kerana kau tak bisa membalas, kerana dasar rasanya kau tak merindui dan menyukai. Mana boleh nak mengaku rindu padahal sebutir rindu pun tiada? Menipu kang kena ketuk kepala pulak. ye dak?


Rindu dan suka kau bukan milik aku, sayang kau bukan milik aku, cinta kau bukan milik aku. Mungkin takkan pernah jadi aku punya, sepenuhnya. 


ok aku tengah jiwang, tolong layan kan je. suka teruskan baca. tak suka tutup terus blog aku

Rindu dan suka  ni kalau ianya manusia, dia memang seorang manusia yang kejam. Datang sesuka hati, mengkhianati kita dan buat malam-malam kita berenang air mata. Dia mesti jenis kawan yang tikam belakang kawan lain. Tapi diam-diam, dia tetap dipuja sesetengah manusia.


Kan best kalau rindu dan suka itu sesuatu yang wajib dibalas. Maknanya, jika aku merindu kau, kau perlu merindui aku balik, wajib, kalau tak rindu tu boleh dijatuhkan hukuman berat. 


ok.Gila. seperti biasa aku menjadi gila!

Kalau rindu dan suka tu suratan di tangan, aku rasa aku manusia paling bahagia di dunia. Dari rasa rindu dan suka, hadir sayang dan muncul rasa cinta. 


faham tak kat situ?


Bye bye rindu, kau buat aku gila lah bodoh. 

tanpa tajuk


orang cakap,

dari mata,
boleh turun ke hati.

tapi,
bila dah di hati,
dari mata,
membasahi pipi.

ah,
itu tetap sesuatu yang semula jadi,
yang sesuatu ilusi,
tapi aku sangat pasti,
cinta itu,
selalu hadir yang dusta,
sebab nanti ada kisah bahagia.

supaya kita belajar semua rasa.


apa ada pada cinta?