Showing posts with label monolog. Show all posts
Showing posts with label monolog. Show all posts

syukur ku

Semalam, harini dan dengan izin-Nya lusa
aku tak henti-henti ucap syukur.
Dia beri aku satu kehidupan
Satu benda perbandingan
Yang hidup ini sangat menarik.

Ya masalah itu ada.
Semua orang ada masalah.
Aku, kau, mereka, semua ada masalah.
Tapi jangan jadikan masalah itu untuk kita buta
Buta atas keindahan yang ada.
Kesilapan manusia ialah lebih banyak
nampak busuk dari wangi.

Aku bersyukur lagi saat ini.

Dia hantar kepada aku manusia-manusia hebat.
Tarik bibir aku untuk senyum terus.
Saat aku jatuh, saat aku gembira.
Aku harap ia kekal selamanya.
Selama mana dunia ini masih ada.
Dan bila tiba masa,
aku nak bawa pula mereka ke syurga.

Ya, dengan izin-Nya, selamanya.
Sayangku ini, untuk mereka.
Sayangku ini, tiada kata.

//aku tak perlu 1000 kali kuantiti kalau aku ada 10 orang kualiti.

Dia



Beberapa minggu lepas hingga saat aku tulis ini, aku umpama
melalui proses peralihan baru dalam hidup aku.
Proses dimana aku cuba berganjak dari rampuk lama kepada yang baru.

kini, aku rasa aku sudah mula suka kepada 
perkataan dibandingkan kepada kata kata.
Jadi aku cuma mahu diam sahaja sekarang.
dan hanya dia sahaja yang pegang kunci.


dia takdir aku, jika diizinkan Tuhan.

Pencuri hati

Mungkin tiada siapa yang mengerti apa isi di hati ini. Tapi buat si 'Pencuri Hati', tolong pulangkan kembali hati aku. 
Aku tak nak bagi hati aku kat kau sebenarnya, tapi terbagi. Macamana ? 
err..
Aku... 
emm...

Aku suka kau.

2 month





Hye! I'm Shahira Sharif & I officially moved on for two month and still counting. Isha'Allah . Thanks pada manusia sekeliling aku yang banyak sedarkan aku betapa pentingnya & bernilainya benda lain, jika ingin dibandingkan dengan dia yang telah tinggalkan aku.  
No hard feelings. 
Thanks -!-

tulis.gerak.kata


bila tulis
boleh susun kata
sulam ayat

padam ejaan salah
kembali betul tulis

bila kata
apa diungkap
ndak bisa ditarik kembali

bila gerak
bicara badan itu
tidak boleh berpatah kembali

bila janji pada orang
mudah ikut tulis
susah ikut gerak
senang ikut tulis
susah ikut kata


::klu sukar tunai janji [ gerak ] usah tabur ayat [ tulis ] kelak diri kelu diam [ kata ]



#apabila menulis itu lebih senang dari berkata-kata, senang untuk memberikan ayat dari melaksanakan gerak..

malas

menyampah lah aku buka laman sosial seperti twitter mukabuku. nampak wajah kalian berpasangan

tunang-nikah-pregnant-pegang baby-cium suami

aku tade macam tu. makin aku nak nak nak. makin aku mahu mahu mahu. minta minta dengan sungguh sampai kering air mata, makin rumit hidup aku. aku pun nak macam tu

tunang-nikah-pregnant-pegang baby-cium suami

ayat macam desperate. mampos lah! aku cemburu. ya!

aku cemburu dengan kau yang berpacar. ucap gudnite tiap malam. hidang suara manja pada yang tersayang. sedangkan aku perempuan yang dibuang. ah!

aku dah malas!
menyampah!
ya!
aku dah benci!

luruh

Nangis lagi ke She?

Lap air mata kau tu.

*hulur tisu*

jangan dipaksa jodoh

Ianya bagai tradisi

Barangkali mahu realitikan kisah di novelisi

Seperti biasanya

Aku menangis

Bonda datang dan usap rambutku

Dikatanya ke aku

"Kita manusia..Apalah ada pada kita untuk memaksa jodoh"

"Kita hanya hamba..Siapa kita untuk persoal kerja Allah.."

"Dia lebih tau apa yang terbaik..."


Badi

Aku tahu tajuk entri agak mengarut dan khurafat .Mungkin?Ah lantaklah.Kang ada yang terasa diri dikutuk pulak.

Badi.

Aku suka karoke dan nyanyi-nyanyi sempoi. Antara lagu yang wajib aku sumbangkan adalah "pelamin anganku musnah"

Tajuk memang menakutkan.

Pelamin tu memang dah musnah. Lagu jadi kenyataan. Dua ex bopiren aku dah temui pengganti yang hangat. Lalu aku ditinggalkan di tepi jalan. Disuruhnya aku move on. 


Katanya "semoga ada lelaki yang akan menerima awak"

"Saya bukan lelaki yang baik untuk awak..."

Dah tau tak baik tapi kau ada pengganti baru. Macam mana tu? Kahkahkah (gelak pura-pura). Cool lah nasihat diorang. Kan?


Kedua..

"Tak sengaja lewat depan rumahmu, ku melihat ada tenda biru"


mana tak nya..ex bf aku yg dulu dah nak kawen. dengan pujaan hati beliau. 

Ketiga..

"Burung-burung pun turut berkicau menyanyikan lagu indah..."

Dah.

Aku tanak teruskan nyanyi lagu tu. Kang aku meroyan..

Haa..Lagu-lagu tersebut memang jadi kenyataan dalam hidup. Aku rasa lagu tu jahat. Saje je tanak bagi aku bahagia. Dua orang lelaki yang pernah aku sayang dah pun temui pengganti. Yang pertama tu bakal diijab kabulkan. Yang kedua ni, dengar dah nak bawak jumpa mak ayah.

Aku?

Aku teruskan hidup dalam keadaan meroyan. Orang kiri kanan kata aku bodoh dan lemah. Dihantui janji palsu dan kenangan lama.

Habis,

Kalau cinta yang hanya kita sorang cinta? Tak kan nak kawen?

Itu kata-kata dari seorang wanita yang tegas dan titahnya tidak boleh dilawan. Kalau lawan, Kelak akan aku ini diheretkan ke mahkamah. Jika aku bidas kata-katanya, Kes aku akan mengalahkan kisah altantuya dan alvivi.

Wah kelakarnya. Nampak tak perangai meroyan aku di sini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk melayan aku. Lepasni aku tak kan nyanyi lagu ni lagi.

Sumpah.

lari

Kalau nak lari, biar kau lari jauh jauh. Hati hati waktu berlari agar kau tak jatuh. Moga moga kau tak penat dan tak mengeluh.

konfius

Damn!
Aku konfius.

aku memang suka dia.
macam aku cakap. aku suka dia belum tahap cintakan dia lagi.
aku tak tau dia macamana. dia suka aku ke tak?
tu yang aku konfius.

tapi
kawan aku ada pesan

"kalau kau tgk respon die macam acuh tak acuh. nak taknak. baik kau blah je. mana tau dalam diam ada org lain suka kau. nanti dia tgk kau ni terhegeh hegeh suka si ***** tu, frust pulak orang yg suka kau tu..kan dah melepas.."

aku pulak duk fikir je ni..

"tapi sekarang ni aku tatau ***** suka ke tak. kot kot lah kan dia pun suka aku. tapi dia tatau nak cakap macam mana dengan aku.mayb sebab die malu or else. haaa...camana? tak ke dia pulak frust sbb tgk aku dah pergi kat orng lain.."

tapi. memang pun aku dah rasa AGAK tawar hati nak terus kan. sbb aku rasa sangat lah malu.. malu nak terus kan lagii.. sebab macam aku sorng je yang kecoh nak msg dia. ni dah bape hari aku cuba tak msg dia. nasib laa ada kawan2 yang duk msg2 aku.. lupaa laa kejap untuk aku msg dia.. heheheh..
last last kawan aku bangang kan aku.

"kau jangan jadi bangang boleh tak? tolong laaa she, percaya pada jodoh Allah.. sekarang ni aku rasa memang dia just nak kawan je dengan kau. sbb dia mmg buat tatau je dgn kau. Ada dia msg kau? Ada die say Hii dekat kau? ada? kau je yang terhegeh hegeh duk msg dia..sudah sudah laa she. Mak aku penah pesan. pilih lah orang yang sayang kan kita. jangan pilih orang yg hanya kita je sayang dia. harap kau faham she.."


ok.
konfius.
damn!


ek eleh..benda basic je ni.. yang aku gegegegelabah sangat ni kenapa.. aku pun baru je sebulan lebih jadi single mingle ni.. rileks laaa.. have fun je. Kawan ada kan? so? keep in touch dengan kawan. jodoh? jodoh siapa tahu? kot kot aaaaa... kot kot.. aaaa jiran depan rumah ke (jiran depan rumah dah kawen woii, binik seksi lagiii..mengancammm! ) kot kot aaaa.. kawan ofis kau ke. (kalau satu ofis, habes laa kene berenti keje laa salah sorg), aaa..kot kot kawan kau sendiri ke.. ( kawan ok je.. sbb mungkin dah kenal sikit2 ).. haih.. sape2 je lah... 





Subhanallah

Semejak
dua menjak
tiga menjak ini.

Bila bangun pagi. Kepala rasa berat, fikiran rasa bodoh.

Sakit berulangkali, tempat yang sama.

Fikir fikir, barah otak rasanya.
Kalau benar apa yang aku rasakan.








Subhanallah.

ikot kau lah

nak cakap aku LOSER ke ape , lantaklah . Tapi serious , aku rindu kau. 
Kthanksbye

ish

Kalau aku cakap aku suka kau. Kau tak caye. Dahla . Malas nak suka kau. Suka orang lainlah macam ni.






konon merajuk lah aku ni kannn... 

Selagi Ada

Aku masih berpacak teguh disini,
Mencari manis yang pernah kau layangkan dulu,
Entah mengapa oh kau buat aku tertanya-tanya,
Kenapa aku masih berpijak pada tanah orang-orang setia?


Tanah ini pedih,
Tanah ini keras,
Tanah ini padu.

Kalau jiwa tak kental hati tak kuat,
Tak lama kita di tanah ini,
Patutlah aku mampu kira dengan jari berapa
anak manusia yang masih berada di tanah ini.


Mungkin kau tak rasa yang cara kau bagai memberi,
Mungkin aku yang merasa cara kau bagai memberi,
Mungkin kau mentafsirkan ia seumpama rasa biasa,
Mungkin aku mentafsirkan ia seumpama rasa luar biasa.


Aku sahaja aku sahaja aku sahaja,
Yang berlegar-legar di kaki lima rasa ini.


Haruskah aku melangkah pergi,
Atau harus tegak berdiri seperti biasanya..
Menanti lagi?


Aku bukan Imran Ajmain yang teguh menunggu seribu tahun,
Aku bukan Imran Ajmain yang rela mengejar seribu batu.
Langkah kaki aku tak sekuat seribu batu,
Jiwa aku tak sekuat seribu tahun,
Aku ini rapuh teramat.


Tapi selagi aku mampu memberi rasa dan merasa rasa ini,
Biarnya hanya dipandang tepukan aku berbunyinya sebelah saja tepuknya,
Langkah aku akan kekal disini,
Mungkin bukan seribu tahun,
Tapi selagi ada seadanya rasa itu.


Aku pilih untuk kekal,

aku rasa aura.Aura.

Bila ku lihat dirimu
Ku bayangkan engkau milikku
Tapi walau bagaimana pun
Aku selalu bertanya

Do you ever think of me
Bila kau lihat akan warna biru
Itulah perasaan ku
Bila mengangankan dirimu

Pengertianmu diriku
Aku gila padamu
Tapi kau harus fikirkan
Jodoh Tuhan yang tentu
dirimu..
Ku tahu sedar kewujudan mu
Aura ini ku rasakan dari mu

Aku memang melihatmu
Walaupun kau jauh di situ

Ku pun mula bertanya
Adakah logik kita kan bersama
Kena sometime ku melihatmu
Engkau pula senyum padaku

why why?

knp kau tak msg aku?
kenapa?
kenapa?
kenapa?

aaaaaaaaaaaaaaaaaa.....dah dah laa shera. 

Apehal

Apehal asyik ingatkan kau je ni? 
Apehal asyik rindukan kau je ni? 
Apehal asyik nak contact dengan kau je ni? 
Apehal kalau x contact dengan kau aku rasa macam hidup aku xada bahagia je ni? 
Ape ni? 
Apeee ? 
Weh, jangan lah macam ni hati. Kesian kat aku.

Tunggu

Aku suka kau kan dah lama. Boleh tak aku nak terus suka kau dan tunggu kau utk setahun dua lagi?

hampa

aku tunggu kau reply, sampai aku tertidur. bangun balik tengok phone. still takde.

bangang jugak jadi aku ni.