luruh

Nangis lagi ke She?

Lap air mata kau tu.

*hulur tisu*

percaya

“Jangan takut untuk keluar dari sebuah hubungan yang hanya mendukakan kamu, tidak kisah berapa pun usia kamu. Jangan risau persoalan masih ada lagikah yang sudi? Kerana yakinlah, pegang betul-betul, bahawa janji Allah itu pasti. Jodoh kamu, insyaAllah sudah ditetapkan sejak azali”
"Yang digarikan itu tangan, yang dicincinkan itu jari. Bukan nyawa, bukan hati"
-Wani Ardy

Avada Kadavra


Actually,


I really want magic to be real like in harry potter so I can have my own personal wand and everything!



Hehehe..



And,



Oh..



If only Avada Kadavra really worked...



Hmmmm..



Alangkah bestnya lah kan? 



jangan dipaksa jodoh

Ianya bagai tradisi

Barangkali mahu realitikan kisah di novelisi

Seperti biasanya

Aku menangis

Bonda datang dan usap rambutku

Dikatanya ke aku

"Kita manusia..Apalah ada pada kita untuk memaksa jodoh"

"Kita hanya hamba..Siapa kita untuk persoal kerja Allah.."

"Dia lebih tau apa yang terbaik..."


Badi

Aku tahu tajuk entri agak mengarut dan khurafat .Mungkin?Ah lantaklah.Kang ada yang terasa diri dikutuk pulak.

Badi.

Aku suka karoke dan nyanyi-nyanyi sempoi. Antara lagu yang wajib aku sumbangkan adalah "pelamin anganku musnah"

Tajuk memang menakutkan.

Pelamin tu memang dah musnah. Lagu jadi kenyataan. Dua ex bopiren aku dah temui pengganti yang hangat. Lalu aku ditinggalkan di tepi jalan. Disuruhnya aku move on. 


Katanya "semoga ada lelaki yang akan menerima awak"

"Saya bukan lelaki yang baik untuk awak..."

Dah tau tak baik tapi kau ada pengganti baru. Macam mana tu? Kahkahkah (gelak pura-pura). Cool lah nasihat diorang. Kan?


Kedua..

"Tak sengaja lewat depan rumahmu, ku melihat ada tenda biru"


mana tak nya..ex bf aku yg dulu dah nak kawen. dengan pujaan hati beliau. 

Ketiga..

"Burung-burung pun turut berkicau menyanyikan lagu indah..."

Dah.

Aku tanak teruskan nyanyi lagu tu. Kang aku meroyan..

Haa..Lagu-lagu tersebut memang jadi kenyataan dalam hidup. Aku rasa lagu tu jahat. Saje je tanak bagi aku bahagia. Dua orang lelaki yang pernah aku sayang dah pun temui pengganti. Yang pertama tu bakal diijab kabulkan. Yang kedua ni, dengar dah nak bawak jumpa mak ayah.

Aku?

Aku teruskan hidup dalam keadaan meroyan. Orang kiri kanan kata aku bodoh dan lemah. Dihantui janji palsu dan kenangan lama.

Habis,

Kalau cinta yang hanya kita sorang cinta? Tak kan nak kawen?

Itu kata-kata dari seorang wanita yang tegas dan titahnya tidak boleh dilawan. Kalau lawan, Kelak akan aku ini diheretkan ke mahkamah. Jika aku bidas kata-katanya, Kes aku akan mengalahkan kisah altantuya dan alvivi.

Wah kelakarnya. Nampak tak perangai meroyan aku di sini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk melayan aku. Lepasni aku tak kan nyanyi lagu ni lagi.

Sumpah.

Rusuk

Jalan cerita ni cuma ada dua kemungkinan
Antara ' sekarang belum waktunya ' 
atau memang 'bukan untuk selama lamanya '

Cita cita tu blh tak jangan tinggi menggunung sangat

Nak buat cerpen. Or novel. Agak agak blh berjaya tak? Ok. Nak start sekarang. 
Kthanksbye! 

Nampak

.. Ketentuan.

Apa lagi?

Redha she..

Sometimes Its Just Good To Forget

damn!!

backpacking

dah lama aku tak buat hobi aku macam dulu. backpacking. lama sangat rasanya tak berbackpacking.
ok. early march ni aku nak ke jakarta and bandung. ke studiotrans kata nya..and ofcourse aku berbackpacking. siapa nak join jom lah.. booking ticket flight cepat. katanya tengahmurah sekarang. lagi murah dari aku beli hari tu. jom lah jom lah.

and satu lagi aku rindu kan Terengganu. rasa macam nak ke Terengganu.

JOM!

lari

Kalau nak lari, biar kau lari jauh jauh. Hati hati waktu berlari agar kau tak jatuh. Moga moga kau tak penat dan tak mengeluh.

;)

sekarang aku tak perlu kan sesiapa isi future husband application form tu.
benda mudah

suka aku?
asalkan kau taat pada Allah. kau hormat orang tua. kau akan sayang aku lepas kawen. aku tak nak pun kemewahan. sbb kadangkadang aku pun makan nasi dengan ikan kering jugak.

aku terima.

jumpa ibu ayah aku.
kita cerita secara baik.
adat masih kita pegang.


mas kawen negeri selangor RM300 tau...hiks!


konfius

Damn!
Aku konfius.

aku memang suka dia.
macam aku cakap. aku suka dia belum tahap cintakan dia lagi.
aku tak tau dia macamana. dia suka aku ke tak?
tu yang aku konfius.

tapi
kawan aku ada pesan

"kalau kau tgk respon die macam acuh tak acuh. nak taknak. baik kau blah je. mana tau dalam diam ada org lain suka kau. nanti dia tgk kau ni terhegeh hegeh suka si ***** tu, frust pulak orang yg suka kau tu..kan dah melepas.."

aku pulak duk fikir je ni..

"tapi sekarang ni aku tatau ***** suka ke tak. kot kot lah kan dia pun suka aku. tapi dia tatau nak cakap macam mana dengan aku.mayb sebab die malu or else. haaa...camana? tak ke dia pulak frust sbb tgk aku dah pergi kat orng lain.."

tapi. memang pun aku dah rasa AGAK tawar hati nak terus kan. sbb aku rasa sangat lah malu.. malu nak terus kan lagii.. sebab macam aku sorng je yang kecoh nak msg dia. ni dah bape hari aku cuba tak msg dia. nasib laa ada kawan2 yang duk msg2 aku.. lupaa laa kejap untuk aku msg dia.. heheheh..
last last kawan aku bangang kan aku.

"kau jangan jadi bangang boleh tak? tolong laaa she, percaya pada jodoh Allah.. sekarang ni aku rasa memang dia just nak kawan je dengan kau. sbb dia mmg buat tatau je dgn kau. Ada dia msg kau? Ada die say Hii dekat kau? ada? kau je yang terhegeh hegeh duk msg dia..sudah sudah laa she. Mak aku penah pesan. pilih lah orang yang sayang kan kita. jangan pilih orang yg hanya kita je sayang dia. harap kau faham she.."


ok.
konfius.
damn!


ek eleh..benda basic je ni.. yang aku gegegegelabah sangat ni kenapa.. aku pun baru je sebulan lebih jadi single mingle ni.. rileks laaa.. have fun je. Kawan ada kan? so? keep in touch dengan kawan. jodoh? jodoh siapa tahu? kot kot aaaaa... kot kot.. aaaa jiran depan rumah ke (jiran depan rumah dah kawen woii, binik seksi lagiii..mengancammm! ) kot kot aaaa.. kawan ofis kau ke. (kalau satu ofis, habes laa kene berenti keje laa salah sorg), aaa..kot kot kawan kau sendiri ke.. ( kawan ok je.. sbb mungkin dah kenal sikit2 ).. haih.. sape2 je lah... 





#10

Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan

#9

Untuk 'si lelaki' yang aku suka dari 2012.

aku suka kau. hari ni dah 2014. kau tahu tak aku suka kau?

arjuna


Wahai Arjuna,

Dah ada yang punya belum?
Belum?

Izinkan saya..

Habit everyday.

My "last seen" is practically me looking at your "last seen" , then i exit.”

surat tak rasmi


To : ***** .

Aku suka kaulah.
Kau ni.
Takkan aku nak bagitahu kau yang aku suka kau.
Kau ni.
Kau ni betollah .

Wakwakwakwakwakwakwak 

                                                                              


Sincerely : 

Aku

#8

I must admit, I'm like someone who doesn't like me back.

Subhanallah

Semejak
dua menjak
tiga menjak ini.

Bila bangun pagi. Kepala rasa berat, fikiran rasa bodoh.

Sakit berulangkali, tempat yang sama.

Fikir fikir, barah otak rasanya.
Kalau benar apa yang aku rasakan.








Subhanallah.

-_-

AKU SUKA KAU GILE !
damn lah .
kthanksbye!

gegegegegelabahhhhhh :)

hahaha . gelak . gelak . aku tak tahan. sumpah aku cakap . haha . tengok jelah satu hari nanti. macam aku cakap , Tuhan maha adil , Tuhan maha mengetahui segalanya . dan sesungguhnya , Tuhan akan tolong doa seorang hambanya yang teraniaya . nak suruh aku bukak pekung ke ? no way lah . aku tak loser cam kau . hahaha . gegegelabahhhhh :)


sudahsudah lah tu wahai peah dan tarji. aku sekarang sikit pun tak amek kisah pasal korang wahai peah dan tarji.


ikot kau lah

nak cakap aku LOSER ke ape , lantaklah . Tapi serious , aku rindu kau. 
Kthanksbye

ish

Kalau aku cakap aku suka kau. Kau tak caye. Dahla . Malas nak suka kau. Suka orang lainlah macam ni.






konon merajuk lah aku ni kannn... 

Selagi Ada

Aku masih berpacak teguh disini,
Mencari manis yang pernah kau layangkan dulu,
Entah mengapa oh kau buat aku tertanya-tanya,
Kenapa aku masih berpijak pada tanah orang-orang setia?


Tanah ini pedih,
Tanah ini keras,
Tanah ini padu.

Kalau jiwa tak kental hati tak kuat,
Tak lama kita di tanah ini,
Patutlah aku mampu kira dengan jari berapa
anak manusia yang masih berada di tanah ini.


Mungkin kau tak rasa yang cara kau bagai memberi,
Mungkin aku yang merasa cara kau bagai memberi,
Mungkin kau mentafsirkan ia seumpama rasa biasa,
Mungkin aku mentafsirkan ia seumpama rasa luar biasa.


Aku sahaja aku sahaja aku sahaja,
Yang berlegar-legar di kaki lima rasa ini.


Haruskah aku melangkah pergi,
Atau harus tegak berdiri seperti biasanya..
Menanti lagi?


Aku bukan Imran Ajmain yang teguh menunggu seribu tahun,
Aku bukan Imran Ajmain yang rela mengejar seribu batu.
Langkah kaki aku tak sekuat seribu batu,
Jiwa aku tak sekuat seribu tahun,
Aku ini rapuh teramat.


Tapi selagi aku mampu memberi rasa dan merasa rasa ini,
Biarnya hanya dipandang tepukan aku berbunyinya sebelah saja tepuknya,
Langkah aku akan kekal disini,
Mungkin bukan seribu tahun,
Tapi selagi ada seadanya rasa itu.


Aku pilih untuk kekal,

aku rasa aura.Aura.

Bila ku lihat dirimu
Ku bayangkan engkau milikku
Tapi walau bagaimana pun
Aku selalu bertanya

Do you ever think of me
Bila kau lihat akan warna biru
Itulah perasaan ku
Bila mengangankan dirimu

Pengertianmu diriku
Aku gila padamu
Tapi kau harus fikirkan
Jodoh Tuhan yang tentu
dirimu..
Ku tahu sedar kewujudan mu
Aura ini ku rasakan dari mu

Aku memang melihatmu
Walaupun kau jauh di situ

Ku pun mula bertanya
Adakah logik kita kan bersama
Kena sometime ku melihatmu
Engkau pula senyum padaku

why why?

knp kau tak msg aku?
kenapa?
kenapa?
kenapa?

aaaaaaaaaaaaaaaaaa.....dah dah laa shera. 

Enough said

Aku rasa cukup setakat ni. Aku rasa gila bila aku sedar yang aku rupanya sedang kejar sesuatu yang tak mungkin aku dapat gapai. 

There is no need to say more..

Bye hang N***M

#7

Shera,please DON'T EXPECT TOO MUCH!

Siapa star star tu?

hari ni aku nak main teka teka. 
Siapa yang aku maksudkan star star dalam entry post aku yang lepas lepas. Meh tengok! 

*****

Aku bagi clue sikit.
Hujungnya M.

Ok?

Aaaaaa... Tak cukup?

Okey.
Pangkalnya N.


So.. 
N***M

Korang carik lah sendiri. 
Amacam?

#6

Aku jadi manusia yang paling, paling dan paling hipokrit bilamana aku sembunyikan perasaan aku yang sebenar atas sebab nak jaga hati orang lain. Kecewa, Derita, Perit & Pedih. Hati aku hancur, ranap, lunyai. Aku cukup cukup kecewa dengan diri aku sendiri sebab terlalu senang sangat nak give up dan terlalu mementingkan perasaan orang lain daripada perasaan aku sendiri. 

Bangang.

Apehal

Apehal asyik ingatkan kau je ni? 
Apehal asyik rindukan kau je ni? 
Apehal asyik nak contact dengan kau je ni? 
Apehal kalau x contact dengan kau aku rasa macam hidup aku xada bahagia je ni? 
Ape ni? 
Apeee ? 
Weh, jangan lah macam ni hati. Kesian kat aku.

Tunggu

Aku suka kau kan dah lama. Boleh tak aku nak terus suka kau dan tunggu kau utk setahun dua lagi?

hampa

aku tunggu kau reply, sampai aku tertidur. bangun balik tengok phone. still takde.

bangang jugak jadi aku ni.

robot





Kalau aku robot sekalipun, belum tentu aku dapat buang perasaan aku ini pada kau. Tapi robot takde perasaan kan? Persetankan robot itu, yang berperasaan sekarang ini adalah aku. Ye aku, ShraShrf!

hati

Aku tak tahu dan aku tak pasti. Apa perasaan kau sebenarnya. 



Tolonglah. Jangan macam ni Hati. Aku penat, kau boleh tolong suka kan orang lain boleh tak? Bangang! 



hati cakap hati tengah cuba nak buang perasaan tu. sedang cuba. sbb hati tahu hati takkan pernah dapat.

.



shera kirim salam kat kau. shera cakap dia rindukan kan kau...


shera? siapa?



shera tu aku..


aku..

jeritan jiwa

Kadangnya aku rasa penat dengan segalanya dan aku harap masa akan berhenti sebentar dan memberikan masa untuk aku melepaskan kepenatan yang aku rasa.


Aku mahu lari daripada semua manusia, tuntutan dunia, tuntutan rasa, tuntutan jiwa.


Aku harap dunia seperi dvd player, ada play, pause, fast foward dan rewind. Dan mungkin eject kan sesuatu gambaran yang aku tak mahu dalam hidup. Berangan... Yang pastinya, aku mahu lepaskan semua.


Lepaskan semua yang terbuku berbuku,
Lepaskan semua beban yang terbeban,
Lepaskan segala keresahan penat,
Kerana aku inginkan tenang itu.


Tenang yang di rasa di mana hanya aku dan diri aku sendiri saja mengerti keindahan diam itu. Sunyi.. Shhh. Sepi.


Tak perlu seribu lautan manusia di sekeliling sentiasa, kadangnya sunyi itu berwarna juga.


Hmmm..


Tapi bagaimana jika keseorangan diam yang sunyi itu yang bising dengan jeritan jiwa segala?


Hanyut lagi. 

nah aku kasi mudah

payah nak scroll??
sini aku kasi tau, semua yang pasal kau ada pada label 

crush, SecretAdmirer

rindu dan suka

Saat yang dimana kau merasai suatu perasaan suka yang tak tertulis dalam kata-kata, tapi dalamnya rasa kesukaan itu sangat dahsyat sekali umpama ombak rindu yang melanda. Maya Karin dengan Aaron Aziz pun ada tau. hambar. hambar.

suka tu..


Aku tak tahu kepada siapa harus dikhabarkan, kepada siapa yang diadukan dan kepada siapa untuk dipinjam bahu. 


Aku merasakan, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah suka, biar terus hanyut dalam lautan suka. Tapi sampai bila mahu hanyut? Nak lemas baru menyesal? Ke dah lemas tapi suka lemas?


suka itu kejam, bukan? Ianya hadir menerjah tanpa permisi, tanpa boleh disentuh tapi dirasakan dalam sanubari. suka bukan surat kebenaran untuk memiliki, suka itu risiko. aku pandai suka, aku jugak kene pandai tanggung kesannya. Kalau takut dengan suka, jangan berdunia, duduk dalam gua.


Rindu tu

Aku mahu mengadu rindu pada kau, tapi aku tahu kau tak mahu tahu tentang rindu aku walaupun melalui cara, patutnya kau dah lebih daripada sedar dan membalas rindu ini dalam kadar segera.


Rindu dan suka tu

kau tak mahu tahu tentang rindu dan suka aku kerana kau tak bisa membalas, kerana dasar rasanya kau tak merindui dan menyukai. Mana boleh nak mengaku rindu padahal sebutir rindu pun tiada? Menipu kang kena ketuk kepala pulak. ye dak?


Rindu dan suka kau bukan milik aku, sayang kau bukan milik aku, cinta kau bukan milik aku. Mungkin takkan pernah jadi aku punya, sepenuhnya. 


ok aku tengah jiwang, tolong layan kan je. suka teruskan baca. tak suka tutup terus blog aku

Rindu dan suka  ni kalau ianya manusia, dia memang seorang manusia yang kejam. Datang sesuka hati, mengkhianati kita dan buat malam-malam kita berenang air mata. Dia mesti jenis kawan yang tikam belakang kawan lain. Tapi diam-diam, dia tetap dipuja sesetengah manusia.


Kan best kalau rindu dan suka itu sesuatu yang wajib dibalas. Maknanya, jika aku merindu kau, kau perlu merindui aku balik, wajib, kalau tak rindu tu boleh dijatuhkan hukuman berat. 


ok.Gila. seperti biasa aku menjadi gila!

Kalau rindu dan suka tu suratan di tangan, aku rasa aku manusia paling bahagia di dunia. Dari rasa rindu dan suka, hadir sayang dan muncul rasa cinta. 


faham tak kat situ?


Bye bye rindu, kau buat aku gila lah bodoh. 

tanpa tajuk


orang cakap,

dari mata,
boleh turun ke hati.

tapi,
bila dah di hati,
dari mata,
membasahi pipi.

ah,
itu tetap sesuatu yang semula jadi,
yang sesuatu ilusi,
tapi aku sangat pasti,
cinta itu,
selalu hadir yang dusta,
sebab nanti ada kisah bahagia.

supaya kita belajar semua rasa.


apa ada pada cinta?

:'(

Allah. kenapa aku ni mudah tersentuh ya? sungguh aku sedih sikit. aku rasa cukup laa setakat ni. aku give up! give up! give up! yaaa.. sbb aku nampak kau mmg tak suka dan tak nak..

kalau betul kau baca ni, dan kau tahu yang aku maksudkan ni kau, sini aku terangkan sikit,

kalau kau tak suka ape aku buat, aku minta maaf. lepas ni aku tak buat lagi.

tapi, kalau kau suka, aku minta maaf sbb aku give up. tapi aku nak kau tau aku tetap suka kau. kalau aku berdiam, kau cari lah aku, bagi tau yang kau pun sama (harap-harap). aku sentiasa ada. kan aku penah cakap, sekarang aku tgh cuba pasakkan kaki aku pada bumi utk kau.

aku menangis lagi malam ni. terkenang kan kau. aku bukan mudah nak jatuh cinta.. lambat. cuma sekarang, aku suka kau. sbb kan perasaan suka tu mmg dah lama ada. aku susah nak buang. perasaan syg mungkin akan ada kalau perasaan suka aku dibalas dengan suka. yaaa..itu aku suka!



aku rasa cukup sekadar layanan kau pada aku sekarang dah buktikan yang kau mmg tak suka. sekian.

kacangkah seperti seni lirik?

"Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi,
Tapi benarkah hidup aku kan selama ini...?

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi,
Tapi benarkah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini..?"
                                                                                                            Imran Ajmain , Seribu Tahun


Bukan semuanya Imran Ajmain, yang sanggup menunggu cintanya untuk seribu tahun lagi.
Bukan semuanya Imran Ajmain, yang sanggup mengejar cintanya untuk seribu batu lagi.


Hati yang pernah sekali tegar dalam cinta, kadangnya akan rapuh dan penat untuk sentiasa memberi dan kini menghulur tangan untuk menerima.


"Yang selalu memberi, ingin sekali sekala jadi penerima.."
                                                                                           Imran Ajmain, Selamat Ulang Tahun Sayang 


Metafora dan hiperbola puitis seni sesuatu lirik kadangnya membuat aku mengharapkan cinta aku sehebat kata-kata pujangga, walhal di dasarnya cinta bukan sekacang itu. 

Kau rasa?

nanti

Satu hari nanti akan ada yang tulus mencintai aku apa adanya, seadanya aku, sepenuhnya biasa biasa aku. Menerima hambar kelamnya seorang aku.


Yang akan menerima, lompong lohong kosong yang kurang, dan mengisi dengan penuh pengisian yang indah, dengan tersendiri, terindah.


Yang tak perlu aku menjadi perempuan sempurna sebagai syarat berkasih, tapi cintakan apa adanya seorang aku dengan terpaling.


Aku yang lain daripada perempuan lain daripada pelbagai segi, tercipta untuk kamu yang terindah. 


Berbiasa-biasa kita,
Bercinta-cinta kita. 

rasa

rasa ini rasa bangang.

cuma mahu monolog.
jangan.
jangan salah faham.

sampai bila?

aku tahu tingginya bintang
aku tahu dalamnya lautan
aku tahu aku tak daya

aku tahu aku siapa
aku tahu kudrat tiada
aku tahu lemahnya rasa
aku tahu itu semua

jika kau tanya mengapa?
jika kau tanya sampai bila?

sini aku kabarkan;

"mentari tak pernah padam
walau terbenam ditabir malam
bintang 'kan terus bersinar
biarpun terlindung sebalik awan"


kepada kau. encik.

oh encik arjuna. dengar lah sini..!! aku suka kau..kau tau tak? kau tau atau kau buat buat tak tau atau pun kau memang betul tak tau. tolong lah percaya. ok!

sejujurnya, aku sangat lah suka bila kau reply msg aku. yang paling aku suka kau tanya aku balik.. ohoiiii... mcm dapat emas tahu?? haha! ok.. aku serious.. aku mmg suka habes! mmg aku malu.. tapi nak buat camana?? aku suka.aku suka. ok?

aku tak tahu lah kau baca ke idak belog aku yg tak seberapa ni.. bakal (bakal kakak ipar den) ada ckp, yg hati die kata kuat kau baca blog aku. aaaaaa...aku tak yakin punnnn sebenarnye.. biaq pi lah nah..hehe.. macam ni..aku tak tahu ape nak ckp. kalau kau baca dan kalau kau tak baca.
kalau kau baca, aku suka..tapi tu kalau kau tahu kau lah yg aku maksudkan. tapi kalau kau tak tahu? tak guna jugak..ye dak?? dan kalau kau tak baca.. sampai bila pun kau takkan tahu.. eyh...merepek! entah laa... aku blur! aku blur!!

macam ni, kalau kau tahu aku suka kau.. tapi kau tak suka.. kau bg tau laa aku. ye..boleh tak? aku bukan ape..kadang2 aku ni ada jugek perasaan malu nye.. alahaiiii.. tapi, kalau kau suke jugek.. alahaiii...alangkah gembiranye aku tak terkata. ok bai! aku perasan! behave..behave..

sekarang ni aku tertanya tanya.. tapi aku tetap kene sabar.. nak dpt berlian kene laa usaha lebih.. ye dak?


kerja gila lagi hoi!


tidakkkkkkkkkkkk....aku buat benda bodoh lagi... ni yang aku malas kalau aku online kat macbook ni..tangan ni gatal sangat. stalk lagi fb kau. tgk gambar. eyh! gile ke ape???

arghhhhhh...

sambung baca kitab terfaktab lagi baik...

*seminit*

tutup buku. bukak facebook. sambung stalk.

hoi! aku mmg takde keje!

sebenarnye..nak nangis pun ada.. sebab kau buat tak tahu dengan aku.. kadangkadang aku tunggu msg dari kau.. atleast say "Hii" .. kalau lah dapat tu pun aku dah melompat lompat happy.. kalau kau msg panjang lebar lagi lah..haih.  *tok sah nak berangan shera oi..!*

perempuan ialah makhluk yang paling handal menangis selepas bayi. Punyalah handal sampai mereka boleh menangis tanpa sebab.


crush

Benda yang paling aku suka bila aku msg kau.. Kau reply dengan tanya aku balik. Aku tau kau mmg jenis macam tu. Tapi takpe. Aku rasa macam kau ambil berat. Walaupun aku tau kau buat tu benda biasa. Dan kau tak anggap apa2. Aku tetap suka.. Haihh.. 

gemdih

aku happy hari ni.. tapi tetibe jadi sedih sikit. errrr...ok..jom cite sikit.

aku beli phone baru. and ofcourse laa aku happy... macam monyet dapat pisang.. tahu? malam ni OT laa sb nak kerja kan phone baru. haha! ok. tu happy. yang sedihnye pulak, aku hilang conversation aku dgn kau!! so aku tak boleh nak buat kerja gila lagi..baca balik conversation kita dari dulu.. dulu best sikit sbb manis2 je aku rasa... alaaaaa..... geram bin garam betul!

camne eh??


nak tau knp tajuk entry gemdih? = gembira + sedih. hiks!

rutin gila

rutin harian aku, bangun pagi cari handphone. bukak whatsapp, cari nama kau. baca conversation kita yang terakhir. dan tgk kau last seen bila. 

12:16AM

dalam hati duk fikir, "kau msg dgn siapa ya? "

nampak tak ada unsur jeles kat situ. ok.sini aku terangkan..sebenarnye bukan lah jeles. tapi jauh dalam lubuk hati aku ni, aku nak tau. kau ni ada someone ke.. kalau ada sah sah aku lari dlu. taknak aku kene rembat dengan parang pastu larik satu dunia. haha!

ok aku gurau lagi.

letak phone tepi, bangun ambil towel sambl cakap

"gile!"





Selamat pagi. hari ni jumaat. 3 january 2014. aku cuti. hahaha.. nak pergi usha ipong! bye!

angan melampau


benarkan aku mengintaimu
dari jauh sambil memintal
anganan bahawasanya
yang sedang aku ingat adalah kamu

tak terlalu melampau
jika aku menulis seribu lagi
bait puitis tentang bagaimana
akan aku rapikan
rambutmu di antara jemariku

dan.. izinkan aku bermimpi
bagaimana kau akan berjalan
masuk ke pintu itu dan lantas
kau menjerit;
"hey sayang, hanya aku kepunyaanmu"


ok. aku rasa aku dah gila hari ni.. aaaaaa...perasaan apa ni.. boleh jadi gila kalau dah angau. benda basic je ponn sebenarnye.. pon boleh jadi angau macam org sakit mental. bangang!

tadi. ade benda yang buat aku happy sikit. happy banyak act. sbb aku tersengeh sensorang masa tgk tu.. nak ego kan diri, ceh, buat tatau.. ambik novel pastu baca..layan sampai habes.. tak sampai sehari aku habes baca novel tu.. 

after settle semua, aku on macbook, online. macam biasa. bukak facebook, ternampak nama kau. and kau online! happy happy.. terus macam org gile click kat nama kau tu. keluar popup. 

scroll sampai atas. baca satu satu sambil scroll ke bawah. sampai last. tersengeh sorg2! *gile! (sbb aku click nama kau bukan nak chat dengan kau pun..aku nak baca je ape yg kau dgn aku penah borakkan) gile kan namanye tu?? 

sign in blog. update ni! hasil  kan yang dua tigaa rangkap kat atas tu..jiwang sikit. tapi sebab angau sekejap ni..aku layan kan je..  pedulik! aku buat ikot dan aku je..

suka senyum tak suka, close tab.kalau tak suka sangat, tekan shutdown! selesai.


aku dah jadi makin jiwang nak layan jiwa aku. tapi aku tetap dengar dubstep! haha! 


cabaran

untuk malam ini, 
dan kemudiannya esok dan tengah malam lusanya.
selamat datang cabaran.
aku sedang memahat pasak

mana pergi?

Ingatkan dia penyelamat di petang hari,
Rupanya hadir dia cuma untuk mengambil kerusi,
Mengapa tidak di ambil hati sekali?


aaaaa... jangan laaa macam tu.. 

waktu


bila nanti sampai masa, maka akan jadi.

kalau nanti tak tertakdir, maka ajarkan aku redha.
contoh begitu banyak depan mata.
sampai suatu masa, aku cuma mahu diberi waktu dengan dia.

pinjamkan aku lebih banyak waktu bersama.

bual gila


kenapa sekelip mata, aku boleh jadi marah dan suka.
pada orang yang sama.
ini adalah bual gila kerana aku punya kerja,
tapi tiada tugasan.

girlfriends memahami!

ok. aku malu sikit semalam. persoalan yg dari smlm sampai lah saat ini, aku asyik terfikir, macamana gf aku tu boleh tau siapa yang aku maksudkan dalam entry aku yg lepas. she ask me, "yang star star star kat blog awk tu, ***** eh?

dangggg!!! terbeliak bijik mata aku. serious. aku terkejut.. macamana die boleh tau.. aku 2 3 kali baca balik entry tu.. ada nampak macam ada kene mengene dengan dia ke? hadoiii...

nak taknak aku ya kan je lah..sebab dah memang betul pun tekaan gf aku tu.. haishhh... kuat sgt ilmu nye nii... hiks! start dari tu aku pun cerita semua ape yang aku rasa.. and ape yang dah jadi aku cerita kan semua.. alaaa, buat apa nak selindung kan.. walaupun aku takde keyakinan diri nak bagi tau kau, tapi aku cuba adakan keyakinan tu nak bagi tau girlfriends aku tu.

cot cet cot cet... last skali die ckp

"awk jgn nak putus asa..terus kan je.."

ok. aku kaget! aaaaa.. tersipu malu. alaaa..semua perasaan ada lah.. yg manis2.. hheheh...

"ok.sy cuba..sbb sy mmg malu nak terus kan.."

bila diorang cakap pasal future..aku amin kan aja..dengan niat dalam hati.. sungguh, aku nak benda tu jadi.. hey hey.. mana tak nyaa...bahagiaa... siapa yang tak nak? lagi lagi dengan orang yang betul2 kita suka! ok poyo! dan ok, perasan! hiks!

oh..sempat jugak gf aku tu kata

"ok je awk dengan dia..and kalau lepas ni betullah awk dengan dia, sy ucapkan takziah.."

cop! cop!

kenapa takziahhhh??? kenapa?? dan, aku dah tau sebab nye.. ihihi..pandai bergurau korang ni!! hahaha..

dan untuk setiap minit yang aku ada..aku teringat kan kau. eh..jiwanggggggg!!! aku swag lahh.. hahah..hipster! skali skala hipster nak jiwang.. boleh kan?? hahahaha..

dan seperti biasa, aku simpan perasaan suka aku ni sendiri. luahkan pada yang mau mendengar, dan pada yang mau membaca.

kau jangan marah ye!
bye!


layanglayang lepas dah jauh terbang.. aku biarkan ia berlalu pergi dengan tenang. sekarang, aku cuba pasakkan pada bumi kaki yang baru. utk kau!

Application Form

ok.. aku tau sape baca ni mesti cakap camni "kau ni bajet hot lahh.." takpon,  "eh, kau ingat kau retis? nak ada form bagai??" pedulik.

1. Your Name:

2. Age:

3. Favorite Color:

4. Whats your sign:

5. Height:

6. Hair (color and style):


HERE COMES THE FUN:

1. Are we friends?

2. Do you have a crush on me?

3. Would you ever ask me out?

4. Would you make a move on me in a movie theater?

5. Would you take care of me when I'm sick?

6. Do you want to tell me something that you couldn't before?

7. Would you walk on the beach with me?

8. Would you come over for no reason just to hang out?

9. Do you/have you talked about me?

10. Do you think I'm a good person?

11. Do you think I'm cute?



WHAT DO YOU THINK OF MY:

1. Personality:

2. Eyes:

3. Face:

4. Smile:


WOULD YOU:

give me your number? IF SO:

NAME:
PHONE:

watch a movie with me? -
take me out to dinner? -
drive me somewhere? -
buy me food? -
take me home to meet your family? -
sing car karaoke w/ me? -
re-post this for me to answer your questions? -
hang out with me? -


AM I...

1.adorable? -
2.cute? -
3.funny? -
4.cool? -
5.interesting to talk to? -
6.hott? -

one more:

1.why do you want to be my future (husband) ? -

2.what would a romantic date be like? -

3.how many  GF have you been with? -

4.Are you looking for a serious relationship? -

5.what kind of perfume do you wear? -

6.do you like any other girl rite now? -

7.what do you like about me? -

8. are you pray? -

9.picture please....

~~thank you..



aku rasa ini bangang..ni aku ambik dari blog lama aku. haha! takpe... aku repost balik..memandangkan aku single mingle sekarang.!