rindu dan suka

Saat yang dimana kau merasai suatu perasaan suka yang tak tertulis dalam kata-kata, tapi dalamnya rasa kesukaan itu sangat dahsyat sekali umpama ombak rindu yang melanda. Maya Karin dengan Aaron Aziz pun ada tau. hambar. hambar.

suka tu..


Aku tak tahu kepada siapa harus dikhabarkan, kepada siapa yang diadukan dan kepada siapa untuk dipinjam bahu. 


Aku merasakan, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah suka, biar terus hanyut dalam lautan suka. Tapi sampai bila mahu hanyut? Nak lemas baru menyesal? Ke dah lemas tapi suka lemas?


suka itu kejam, bukan? Ianya hadir menerjah tanpa permisi, tanpa boleh disentuh tapi dirasakan dalam sanubari. suka bukan surat kebenaran untuk memiliki, suka itu risiko. aku pandai suka, aku jugak kene pandai tanggung kesannya. Kalau takut dengan suka, jangan berdunia, duduk dalam gua.


Rindu tu

Aku mahu mengadu rindu pada kau, tapi aku tahu kau tak mahu tahu tentang rindu aku walaupun melalui cara, patutnya kau dah lebih daripada sedar dan membalas rindu ini dalam kadar segera.


Rindu dan suka tu

kau tak mahu tahu tentang rindu dan suka aku kerana kau tak bisa membalas, kerana dasar rasanya kau tak merindui dan menyukai. Mana boleh nak mengaku rindu padahal sebutir rindu pun tiada? Menipu kang kena ketuk kepala pulak. ye dak?


Rindu dan suka kau bukan milik aku, sayang kau bukan milik aku, cinta kau bukan milik aku. Mungkin takkan pernah jadi aku punya, sepenuhnya. 


ok aku tengah jiwang, tolong layan kan je. suka teruskan baca. tak suka tutup terus blog aku

Rindu dan suka  ni kalau ianya manusia, dia memang seorang manusia yang kejam. Datang sesuka hati, mengkhianati kita dan buat malam-malam kita berenang air mata. Dia mesti jenis kawan yang tikam belakang kawan lain. Tapi diam-diam, dia tetap dipuja sesetengah manusia.


Kan best kalau rindu dan suka itu sesuatu yang wajib dibalas. Maknanya, jika aku merindu kau, kau perlu merindui aku balik, wajib, kalau tak rindu tu boleh dijatuhkan hukuman berat. 


ok.Gila. seperti biasa aku menjadi gila!

Kalau rindu dan suka tu suratan di tangan, aku rasa aku manusia paling bahagia di dunia. Dari rasa rindu dan suka, hadir sayang dan muncul rasa cinta. 


faham tak kat situ?


Bye bye rindu, kau buat aku gila lah bodoh. 

No comments:

Post a Comment