Kadangnya aku rasa penat dengan segalanya dan aku harap masa akan berhenti sebentar dan memberikan masa untuk aku melepaskan kepenatan yang aku rasa.
Aku mahu lari daripada semua manusia, tuntutan dunia, tuntutan rasa, tuntutan jiwa.
Aku harap dunia seperi dvd player, ada play, pause, fast foward dan rewind. Dan mungkin eject kan sesuatu gambaran yang aku tak mahu dalam hidup. Berangan... Yang pastinya, aku mahu lepaskan semua.
Lepaskan semua yang terbuku berbuku,
Lepaskan semua beban yang terbeban,
Lepaskan segala keresahan penat,
Kerana aku inginkan tenang itu.
Tenang yang di rasa di mana hanya aku dan diri aku sendiri saja mengerti keindahan diam itu. Sunyi.. Shhh. Sepi.
Tak perlu seribu lautan manusia di sekeliling sentiasa, kadangnya sunyi itu berwarna juga.
Hmmm..
Tapi bagaimana jika keseorangan diam yang sunyi itu yang bising dengan jeritan jiwa segala?
Hanyut lagi.
No comments:
Post a Comment