Satu hari nanti akan ada yang tulus mencintai aku apa adanya, seadanya aku, sepenuhnya biasa biasa aku. Menerima hambar kelamnya seorang aku.
Yang akan menerima, lompong lohong kosong yang kurang, dan mengisi dengan penuh pengisian yang indah, dengan tersendiri, terindah.
Yang tak perlu aku menjadi perempuan sempurna sebagai syarat berkasih, tapi cintakan apa adanya seorang aku dengan terpaling.
Aku yang lain daripada perempuan lain daripada pelbagai segi, tercipta untuk kamu yang terindah.
Berbiasa-biasa kita,
Bercinta-cinta kita.
No comments:
Post a Comment