Badi

Aku tahu tajuk entri agak mengarut dan khurafat .Mungkin?Ah lantaklah.Kang ada yang terasa diri dikutuk pulak.

Badi.

Aku suka karoke dan nyanyi-nyanyi sempoi. Antara lagu yang wajib aku sumbangkan adalah "pelamin anganku musnah"

Tajuk memang menakutkan.

Pelamin tu memang dah musnah. Lagu jadi kenyataan. Dua ex bopiren aku dah temui pengganti yang hangat. Lalu aku ditinggalkan di tepi jalan. Disuruhnya aku move on. 


Katanya "semoga ada lelaki yang akan menerima awak"

"Saya bukan lelaki yang baik untuk awak..."

Dah tau tak baik tapi kau ada pengganti baru. Macam mana tu? Kahkahkah (gelak pura-pura). Cool lah nasihat diorang. Kan?


Kedua..

"Tak sengaja lewat depan rumahmu, ku melihat ada tenda biru"


mana tak nya..ex bf aku yg dulu dah nak kawen. dengan pujaan hati beliau. 

Ketiga..

"Burung-burung pun turut berkicau menyanyikan lagu indah..."

Dah.

Aku tanak teruskan nyanyi lagu tu. Kang aku meroyan..

Haa..Lagu-lagu tersebut memang jadi kenyataan dalam hidup. Aku rasa lagu tu jahat. Saje je tanak bagi aku bahagia. Dua orang lelaki yang pernah aku sayang dah pun temui pengganti. Yang pertama tu bakal diijab kabulkan. Yang kedua ni, dengar dah nak bawak jumpa mak ayah.

Aku?

Aku teruskan hidup dalam keadaan meroyan. Orang kiri kanan kata aku bodoh dan lemah. Dihantui janji palsu dan kenangan lama.

Habis,

Kalau cinta yang hanya kita sorang cinta? Tak kan nak kawen?

Itu kata-kata dari seorang wanita yang tegas dan titahnya tidak boleh dilawan. Kalau lawan, Kelak akan aku ini diheretkan ke mahkamah. Jika aku bidas kata-katanya, Kes aku akan mengalahkan kisah altantuya dan alvivi.

Wah kelakarnya. Nampak tak perangai meroyan aku di sini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk melayan aku. Lepasni aku tak kan nyanyi lagu ni lagi.

Sumpah.

No comments:

Post a Comment