I'm all alone here,Hugging the words, Kissing the sentences,Building up my mind,Telling you my point of view,My point of you,Feel free to swear,In my own volume,Voice out slowly,Remember out loud.
Rezeki Allah
Kahwin,Anak. Semua itu rezeki yang Allah tentukan. Bukan ceritanya kita ni memili ke tunggu duit banyak nak buat grand2 ke. Bukan isu pandai buat atau tidak. Kisahnya semua itu REZEKI. jgn tolak takdir. Kalau Allah belum nak kasi boleh ke kita paksa paksa? Kita cuma mampu cakap..mampu minta .Usaha sudah, minta sudah, selebihnya berserah. Berserah pada Allah.
Jangan sibuk nak tanya bila kau nak kawen sesy? kawan2 sebaya kita sume dah beranak pinak. Kau ni masih dlm cintan cintun lagi.. cik kak, cik abang, Allah tahu bila masa yang terbaik. Allah tahu bila bersedianya kita. rezeki kau ada. untung lah.. syukur je lah..jgn duk tanya2 aku.
Jangan buat perasaan aku jadi macam celaka. Aku redha dan bahagia dengan apa yang aku ada.
Jangan buat perasaan aku jadi macam celaka. Aku tahu hebatnya Allah punya rencana !
Ada rezeki nanti aku kawen..aku jemput korang..InsyaAllah.. okey?
diduga syukur
Kalau Allah duga kita, bersyukurlah kerana itulah tanda kasih sayang Allah kepada kita. kita ini masih berada di dalam perhatianNya. Kalau pun kita diduga, bersyukurlah kerana Allah mendekatkan kita kepadaNya. Selama ini kita manusia yang lalai dan leka. Semoga kita ini menjadi hambaNya yang redha, tenang menerima segala kehendakNya.
nota Gadis
Kau tak akan tahu macam mana hebatnya perasaan ini selagi engkau belum sampai ke fasa yang seperti ini. Kau tak akan tahu macam mana hebatnya perasaan ini kalau dulu kau tak pernah rasa seperti disampah sampah.
Dan...
Dari perasaan yang seperti sampah, kau diangkat tinggi ke darjat seperti puteri.
saya datang lagi ^_^
Hi, saya kembali
Q: sbb2 tak update blog?
A: cuba nak jilidkan buku sendiri..tulis kat kertas je lah.., itu je. *kacang lupakan kulit
Q: abis tu kenapa tetiba dtg update blogspot ni?
A: saje! tetiba prasaan nak menaip tu dtg, so update jela kan.
part questions and answer dah tamat
bye!
secebis kasih
sebentuk cinta yang telah terukir di nadiku..
mengalir bersama darahku..
sekuntum melati bersemi dan selalu terjaga.
Mungkinkah, aku dapat bersama kelak atau
harus masih menunggu sampai sang waktu
berkenan untuk menjawab semua
takdirku
Ranap
"kerana aku tidak reti untuk mati,
semata-mata untuk lidah yang kau sewa dari neraka.
kerana aku tidak akan mahumati,
selagi yang benar tidak memberi aku syurga."
(Ranap, sajak Simpan pegang seranah caci)
mimpi
Malam ini aku mahu bisikkan kata cinta dalam setiap mimpi yang aku tempuh. Moga jika dalam salah satu mimpi itu ada kau, kau akan sedar dan tahu betapa aku benar-benar serius dalam hal ini.
aku cinta kau.
To Be A Nerd
Gugup. Takut. Risau.
Aku sedang duduk sendirian. Sedang berseronok duduk sorang-sorang.
Okey aku tipu. Tak seronok sangat pun duduk sorang-sorang macam ni lama-lama. Aku perlu tenggelam dalam dunia membaca agaknya. Jadi nerd. Pakai spec tebal-tebal.
And people gonna call me nerdy. Not loser.
Tapi jadi loser seronok apa. Tenggelam dalam dunia sendiri. Tak perlu nak kisah pasal manusia lain sangat. Kisahkan diri saja. Layan jiwa-jiwa luka. Malam-malam cuba kirakan pusingan kipas dalam satu minit contohnya.
Atau pandang dinding. Pandang dan pandang.
Subscribe to:
Posts (Atom)