Random - ♥


i need to be with you
its all that i am all i wanna be
and i can never be without you
hands together stuck like glue
forever two in one and one in two



Lihatlah Aku | i've no self-confidence

hasil dari tangkapan bloglama aku. bebelananggunseoranghawa. 6/6/2010 - 4:37PM


hati sudah melepas tangan
nyawa sudah tak mahu lagi berpegangan
rasa ini sudah tidak mampu kutahankan
tak tertahan kerana kamu sayang
tak tertahan kerana kamu cinta

pernahkah kau rasakan
bila satu hari kau begitu menyukai seseorang itu
tapi dia tak rasa apa yang kau rasa
tak memberi apa yang kau pinta
tak ada yang kamu mahukan
tak mahu apa yang kamu mahukan

kurasa dunia kita berbeza
kurasa dunia kita jauh berbeza

pernahkah kau rasakan kau dah melutut kat tangga tu
tapi orang tu tetap tak nampak kau
pernahkah kau ada dekat pintu
tapi dia jalan terus melintas engkau
pernah tak kau jalan
lepas tu orang tak perasan
dan kau jerit
"hey lihat lah aq disini
lihat aku menari
lihat aku tertawa"
mungkin..mungkin satu hari kau akan gila
kerna kau tak tahu aku siapa
pernahkah kau betulbetul mahukan seseorang itu
tapi die cuma tidak tahu
pernahkah kau rasa getaran yang aku rasa
rasa yang aku minta
rasa mahu yang aku mahu
rasa gila yang aku rasa

lihatlah aku disini menari nari
lebih catik dari awek yang kau pegang
ku lagi menarik dari awek yang kau sedang pandang
ku cuma kau tak nampak
ku cuma kau mengelak
lihatlah saja aku
lihat saja aku ini sayang


kuberi sekali saja peluang ini
aku akan berdiri dipintu itu
dan lihatkan aku disitu
dan jika diwaktu itu kau tak nampak siapa aku
kau dungu
kau dungu
kau dungu
kau dungu

hey lihatlah aku dipintu itu
mengharap kau menatap dan melihat aku
lihatlah aku
lihatlah aku
lihatlah aku
lihatlah aku
lihatlah aku
disitu.
ditangga pintu itu
ditangga hati kamu
mahu ku mahu kamu
mahu ku mahu kamu.


# kalau lah aku boleh jadi sekental kata-kata diatas.memang puas dan lega hati ni,kalau lah aku ada confident diri,memang semua ku jerit di telinga kau,kalau lah kau boleh baca fikiran ini,sudah selesai semua tugas yang terbatas untuk disampaikan ini.
i've no self-confidence.yes.its true!
ok.aku ada satu puisi. tapi aku tak terdaya nak publish.. aku takut.. takut apa? takut laaa.. ish.. nanti satu hari aku akan publish jugak.. dan bila sampai waktu tu nanti, korang baca, korang tau knp aku takut. sumpah. rasa ni tak sedap mana. tapi.. aku kene jugak tahan.

puisi tu dag siap..ada dlm draft. tunggu lah nanti..kalau ada, ada lah. kalau takde biar lahh bersarang dlm drft tu.

puiii... rasa macam kene kejar hanjeng!!!

Stress melampau. kecewa mungkin. akhirnya aku tenang!!


jangan datang beritahu, suka. tapi tak ada apa.
jangan dekat ucap, sayang. tapi tak ada bayang.
jangan bisik sebut rindu. tapi tak ada sendu.
jangan cakap jiwa cinta. tapi sengaja-sengaja.

memang aku perempuan.
tapi aku bukan tergolong kelompok amazon feminist.
aku bukan lesbianism.
lelaki adalah makhluk yang aku hormat sebagai kaum berlawanan jenis.

aku menangis. aku tak tahu nak buat apa.
jangan paksa aku. jangan suruh aku itu, ini, tapi cuma aku yang kena.
yang kau mahu, semua aku laksana. apa kerana aku yang jenis bagi muka?

tapi kenapa apa saja, dalam soal hati mahupun rasa, cuba untuk disalah ke aku juga?

waktu aku tak fikir apa2, aku boleh baca nota dua tiga ela.
aku tak sakit belakang dua tiga malam.
tapi kenapa, bila datang nak bicara soal rasa, aku yang kena? aku yang semuanya?

aku bangun, jatuh semula. bangun lagi, jatuh lagi.
sampai bila? sampai bila aku nak macam ni?


mungkin.
aku ini masalah sebenarnya.


p/s: stress sampai nak muntah memang satu benda celaka.


dah.Stop! Aku bukan lagi dungu nak merayu meraung. yang aku terkilan sikap kau. starting from now, aku move on! looking forward. and No turning back! 

somebody told me.. jgn tenung pintu yang dah tertutup tu lama lama..cuba lihat sekeliling, ada pintu yg terbuka dengan cahaya. baik cepat pergi lari kat pintu tu.. 

Lucah atau sains



Lain padang lain belalang,
lain otak, lain akal.

fikirfikir kan lah!

#5




Satu hari nanti, bila kita berjaya dalam hidup
jangan tamakkan kejayaan itu.
setiap kemenangan kita di depan,
kerana ada terlalu ramai orang bersusah payah di belakang kita.
individualism itu, terlalu kejam untuk kejayaan yang kita cuma usahakan dalam peratusan kecil,
dan yang mengizinkan itu adalah Tuhan.


29112010 - bebelananggunseoranghawa.

#4

Kadangkadang bila kau buat tak peduli, aku kecil hati.
dan setiap itu jugak aku akan pujuk hati,
"tak apa lah..ada, ada la..tak ada tak apa"
semoga kau faham kenapa.

perempuan besi

Nak jadi perempuan besi, syarat nombor satu ; 
kene degil.
nombor dua; kene bodoh.
nombor tiga; kene pekak

-wani ardy

hati ini

Hari ini
hati ini beku.
Muka nampak sayu.

wahai hati


Bila Tuhan lambatkan permintaan aku yang ini, permintaan yang lain akan didahulu-mudahkan atau tidak?

Aku ini tak gagah mana. Berapa lama aku mampu bertahan bergantung pada suapan sekeliling yang peduli.

Bersendiri aku boleh rebah tak ke sudah