I'm all alone here,Hugging the words, Kissing the sentences,Building up my mind,Telling you my point of view,My point of you,Feel free to swear,In my own volume,Voice out slowly,Remember out loud.
Social Media Training
salam. okey, kalau baca kat title entry dah tau yang aku pergi training. pagi-pagi tadi masa siap-siap nak pergi office, dapat call dari encik bos, dia kata aku tak payah masuk office hari ni, dia suruh aku pergi campus, ikut training ni. so, pukul 9 aku sampai then terus naik floor 23. training ni buat kat UniKL city campus. (my campus). yang penting dapat makan free..
jangan bangga sangat okey!
memang manusia mudah lupa dan tidak blh dinafikan sama sekali..apa yg ko dpt dengan berlagak dan memperbodohkan diri sendiri? ko ingt semua tu blh bawak mati ker? ingat kereta, wang, lelaki boleh tlg ko ke masa dlm kubur nanti..disebabkan benda ni la ko jd bodoh cam ni..kesian aku tengok ko tp ko sndiri tak kesian dengan diri ko..So, lantak ko la..aku harap ko tak terpesong jauh sudah..kalau jadi apa2 mungkin itu pengajaran buat diri ko..
nanti akan tiba
...bila kesabaran menemui nokhtah
dendam terus mengorak langkah
dan ketika itu tak ada satu pun kemaafan
yang akan terindah
tak ada
takkan ada.
cyberspace buat org bergaduh
Manusia lebih banyak menghentam daripada mengkritik secara bijak, menasihati dan kalau jiwa tak kuat.. Bila-bila masa saja penulis boleh rasa down sangat dengan komen daripada pihak tertentu.
Aku rasa.. Orang yang berani kutuk orang dekat internet ni adalah kerana dia tahu semuanya akan stay dalam internet sahaja dan bukannya dia akan berjumpa dengan kita pun, makanya kenapa nak takut? Tapi, kena fikir jugak, penulis blog pun ada perasaan. Kalau kau hentam sampai lumat seorang penulis blog ni, macam mana kau rasa dia akan rasa? Kalau jenis tak reti kawal perasaan, kang dia gantung diri sendiri macam mana? Hiperbola kan aku.
Bila mengkritik, gunakan otak. Jangan gunakan emosi kerana akan nampak kecetekan pemikiran kamu. Biar ketinggian diri pendek, jangan otak pendek. Baca blog pun kena bijak juga, jangan hentam sombrono saja. 1 penyataan kamu dalam dunia alam maya ini, orang akan menilai kamu, orang akan nampak kebijaksanaan kamu atau kebodohan kamu. Senang.
Blog seharusnya menjadi satu medan tapak permainan penulis blog itu sendiri. Dan tentunya, kalau kau datang rumah orang, buat cara datang rumah. Kalau tak suka, pergi la rumah orang lain, kenapa nak stay rumah orang yang kau tak suka? Bukan bodoh sombong, tapi kalau menegur hanya untuk menjatuhkan, baik kau diam. Diam itu lebih berharga daripada butiran kata-kata yang berbisa itu.
Ya aku tahu. Pembenci sentiasa ada. Ada dimana-mana. Bukan saja dalam dunia internet ini. Kemuncak kebangkitan mereka untuk meninggalkan kita adalah bila kita jatuh dalam perangkap untuk dia melihat kejatuhan dia. Bila kita bagi perhatian manusia bodoh ini, kita pun akan jatuh dalam kebodohan mereka.
Dah la bila bergaduh, kita bergaduh dengan orang yang kita tak kenal langsung. Tak ke macam bodoh? Asal mana, orang apa, semua pun kita tak tahu tapi dok bertikam lidah nak tengok kita down. Kebebasan bersuara? Kalau terlebih bersuara macam mana?
Aku bukan bodoh sombong. Kalau aku ada salah, tolong tunjukkan. Kalau ada betul, kau nak puji, silakan. Aku bukan 100% sempurna. Aku perlu pandangan manusia seperti korang juga. Aku tak pernah mahu dijadikan role model ke apa, tapi kalau ada baik nya aku dan mahu dicontohi, teruskan. Kalau ada yang kau nampak buruk tentang aku, jangan di ikutkan, tegurkan, please. Ada otak, fikir betul-betul. Manusia tidak sempurna, jangan harapkan penulis blog ini sempurna dan berfikir seperti kau.
Untuk jadi penulis, kau kena kuat. Ataupun kalau kau bukan jenis kuat, lama-lama kau akan belajar untuk kuat. Sebab kalau kau tak kuat, ada manusia akan ambil peluang untuk baling batu sembunyi tangan. Sentiasa ada.
Aku ada benda lain lagi penting nak layan daripada pembenci yang memekik-mekik untuk didengari, untuk diberi perhatian.
Mari kita saling hormati menghormati. Senang sahaja, tak kena bayar. Ke.. Setiap kali kau buat baik, kau perlu dibayar?
bodoh
bila si bodoh
diperbodohkan
bertambah bodohnya
lantas
kebodohan itu
membodohkannya
lalu bagaimana
si bodoh
memperbodohkan
yang lebih bodoh
atau mampukah
si bodoh
dengan kebodohannya
memperbodohkan
si cerdik
yang hakikatnya juga bodoh
Rezeki Allah
Kahwin,Anak. Semua itu rezeki yang Allah tentukan. Bukan ceritanya kita ni memili ke tunggu duit banyak nak buat grand2 ke. Bukan isu pandai buat atau tidak. Kisahnya semua itu REZEKI. jgn tolak takdir. Kalau Allah belum nak kasi boleh ke kita paksa paksa? Kita cuma mampu cakap..mampu minta .Usaha sudah, minta sudah, selebihnya berserah. Berserah pada Allah.
Jangan sibuk nak tanya bila kau nak kawen sesy? kawan2 sebaya kita sume dah beranak pinak. Kau ni masih dlm cintan cintun lagi.. cik kak, cik abang, Allah tahu bila masa yang terbaik. Allah tahu bila bersedianya kita. rezeki kau ada. untung lah.. syukur je lah..jgn duk tanya2 aku.
Jangan buat perasaan aku jadi macam celaka. Aku redha dan bahagia dengan apa yang aku ada.
Jangan buat perasaan aku jadi macam celaka. Aku tahu hebatnya Allah punya rencana !
Ada rezeki nanti aku kawen..aku jemput korang..InsyaAllah.. okey?
diduga syukur
Kalau Allah duga kita, bersyukurlah kerana itulah tanda kasih sayang Allah kepada kita. kita ini masih berada di dalam perhatianNya. Kalau pun kita diduga, bersyukurlah kerana Allah mendekatkan kita kepadaNya. Selama ini kita manusia yang lalai dan leka. Semoga kita ini menjadi hambaNya yang redha, tenang menerima segala kehendakNya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
