;)

danggg! aku suka. dapat msg dari kau! 
ok bai!

try lepak sini!

hari ni rasa macam superwomen. dari pagi ade je benda yang aku buat.. macam biasa sampai office pukul 7 lebih camtu laa.. kerja kerja kerja till 12 noon. grab hp, wallet and car key. terus pergi KL. selesai kan application fees for master and all document yang nak hantar ke Uni. selesai..just tnggu result and offer ltr. kalau dapat Alhamdulillah.. kalau tak dapat... aaaaaaaa...rayuan lah jawabnyeeee...

tapi ni bukan cerita sebenar yang aku nak sampai kan. 

tadi aku pergi shah alam.alasan utama nak ambik spec baruuu... hiks! lepas tu jumpe laa bakal. ambik dia kat uitm. dia cakap nak ajak lepak makan kek.. sedapppp woo..

nahhh.. aku bagi cerita sikit.

nama cafe : Foodsbury cafe
tempat : Seksyen 9 (belakang shell yang dekat plaza masalam tu)


ni card die.. 

ok.. kedai dia sangat lahh santai.. dan sesuai kalau nak lepak berjam2.. pekerja yang ramah. dan yang paling utama makanan dan minuman sedap sedap belake! esp cakes! hiks!


decoration cafe ni sangat cantik dan santai. serious boleh tergoda.!
korang boleh pilih nak kerusi meja makan biasa or duduk kat sofa.. bermeja kan pallet pun ada!


ok..bila tengok menuh..mak aiii... panjang2 nama dia.. boleh tahan nak sebut.. ok..tadi aku dgn bakal order cake ni.. mille crepe almond salted caramel. sedap!! sangat yummy! sangat berkrim dan lemak.. haihh.. almond die..terasa sunggu.. tapi..nasihat kat korang..jgn order sorg satu kek yang sama..nanti muak.. 



mille crepe almond salted caramel


main dish aku order seafood spaghetti aglio olio.. macam tu la kott ejaannye...kasi redah.. gambar..macam xde.. hahah! sbb aku lapar sgt sampai lupe nak capture.. 

air aku order caffe latte.. bakal pulao order cappuccino. terbaikkk..mug besauu!! haha! ada gam bar..tgk lat insta je k.. nak tgk boleh law follow insta aku.. @shrashrf

ok...tu je cerita dia... aku boleh bagi 5 bintang!!!



sedih kali ke 4 juta

Allah.. aku nangis lagi malam ni.. aku tak nak pun pk hal tu..tapi aku terfikir jugak.. aku tanak dah nanges sbb lelaki muda yang tak guna tu.. tapi aku ternangis jugak..

aku dah nangis dah pun..
aku cuba nam call kau mulamula..tapi aku takut.. aku pun call bestfriend aku.. die gelak kan aku.. dia kata aku kelakar.. dah dah laa tu nangis.. and die boleh cakap

"aku rasa kau silap call orang ni.. kau patut call ***** . "

aku tak mampu nak kata apa..so aku gelak je dalam menangis tu..

stop.

aku msg kawan aku lagi sorg... macam biasa akan menasihati aku..dah dah laa tuuu..toksah pk.. aaaaa....mmg semua aku dapat nasihat yg sama.. tapi camana..tolong laaa aku.. then, die suruh aku try call kau.. aku nakk call..tapi aku takut... sumpah..aku takut..

aku termenung dengan berairmata..

aku pun try msg kau.. kau tak reply. aku try call..even sebenarnye aku memang takut. aku cuba jugak..sbb aku fikir aku nak tenang kan hati aku.. aku tengah nangis ni..harap kau faham..
kau angkat.. tapi kau busy. then kau msg.

kau : kvfkg fgjfdsh mvjh bjdnbj (rahsia kot)
aku : its ok.
kau : ok.

stop.

bertambah laaa sedih aku..aku nangis ni..harap kau perasan yang aku nangis. tolong laa perasan


sambil nangis terkenang masa lalu, aku bukak whatsapp..aku bukak yg terpapar nama kau.aku scroll sampai paling atas.. its means paling first conversation aku dgn kau... slow2 aku scroll down and aku baca satu2.. ohh..aku rasa tenang sikit.. and aku stop sebelum sampai waktu kau dah kurang nak msg dgn aku. sbb aku takut tersedih balik..

dah..
aku lupa pulak.. entry before ni, aku ada cakap aku nak pergi dari perasaan aku sekarang.

sekarang kau boleh anggap sebenarnye aku gurau!

Allah,aku menangis sungguh ni.. teresak esak.. aku nak move on.. tapi tolong laa aku..aku tak terdaya nak lakukan sorang2..

jika suka katakan suka..jangan simpan

tau ape benda paling bodoh aku buat hari ni? aku stalk fb kau. aku stalk instagram kau. aku google nama kau. kau percaya? aku mmg rasa bodoh bila aku buat benda tu.. tapi benda tu boleh buat aku tenang sikit bila aku tau pasal kau... bukan aku nak rebound.. buat kan nama kau jadi mcm penyedap hati aku lepas aku ditinggalkan..takkk..tidak sama skali.. aku mmg nak stalk.. sbb apa.. sbb aku suka lah! kau tanak percaya. dah..

hari tu aku rileks je.. sbb aku tak rasa pape pun bila jumpe kau.. sumpah..aku tak rasa pun.. mmg sbnrnye dari dulu aku suka kau.. suka laa.. aku pnh ckp kat kawna aku sendiri yg aku suka kau... tapi sbb masa tu aku ada hati yg aku kene jaga..aku abaikan lah..sbb aku ni bukan jenis perempuan yg suka curang.. atau erti kata lain gatal..bukan cara aku.. tapi serious dan duarius, masa jumpe tu aku mmg tak rasa pape.. tapi jugak, aku just suka masa kita berbual gelak ketawa kat cafe selama 3 jam kot. aku tak bosan.. tapi aku tatau laa kau bosan ke tak.. sbb aku tgk banyak gak rokok yg habes kau hisap..sini aku kasi nasihat sikit.. tak elok tau merokok banyak2.. tolong laa dengar ye. aku terharu sbb kau sanggup dengar kesedihan aku sewaktu aku ditikam dan dalam kesakitan. ohh..tu paling aku rasa tak sangka... tapi aku tatau jugak ape yg kau fikir kan..


aku bukan jenis berani. sbb aku ni jenis tak de confident. sungguh..aku takde confident.. aku takut..

dan aku rasa aku seorang yang bodoh. banyak sebab. aku suka kau tanpa aku tau perasaan kau. aku bodoh sbb aku tak berani nak cakap depan2..sbb aku perempuannnnnn..tolong laa faham...

penyudah. aku menangis. dan aku rasa aku mau pergi dari perasaan ni..sbb aku rasa kau takde perasaan suka kat aku. sbb akhirakhir ni, aku perasan sesuatu. kau mcm taknak msg dgn aku lagi. mungkin kau tak nak aku lebih2 dgn kau. atau mungkin kau mmg tak suka. bakal kakak ipar aku ada cakap. mungkin kau malu.. tapi ini aku cakap.."tak min, angah tau dia bukan malu kot.. tapi dia tak mahu..".aku ok.. sbb aku mmg jenis cool..cool fever..

ada orang cakap kat aku, kau takde gf. sbb tu aku teruskan untuk suka kau.. tapi fikiran aku ckp..kau mmg dah ada somebody.. ok.. aku bawak pergi perasaan aku.. 

kalau betul kau dah ada gf, kau anggap laa selama ni aku gurau! tauuu.... 

Random - 8 petanda jodoh!

ok..kat tajuk pun dah nama kan random. so fahamfaham je lah ye!

Tanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. korang kure slalutolong enolong laa.. dalam urusan remeh atau besar. Yang penting adalah korang berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah korang sudah merasakan perkara tersebut? Jika terase ade tu, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!



Tanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan korang. Cubasekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak,sorry to say lah.. kemungkinan besar dia bukan jodoh korang!bye-bye..



Tanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati korang berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila korang atau dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…



Tanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.



Tanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. cewwwaahhh..mesti tak lupe nye kan?? Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya,tidak syak lagi lagi. Dialah orangnya…hee..welcome to my life.. 



Tanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… aisshh.., kalau begitu ini die dah sedia laa nak terima korang ni seadanya sebagai pasangan hidup die.. 



Tanda 7 
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!


Tanda 8 
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
jadi??ape??ade ke tak antara kelapan lapan ni sume tuh??kalo ade..
bagus laa tu..ape lagi..kawen jer laaa..heee



ok dah baca kan? tapi aku harap korang tak de laa nak percaya semua ni.. kadang2 blh jadi mitos tau. eh betul ke perkataan mitos tu aku guna kan?? ok, abaikan..sbb aku rasa korang faham maksud aku...

Random - ♥


i need to be with you
its all that i am all i wanna be
and i can never be without you
hands together stuck like glue
forever two in one and one in two



Lihatlah Aku | i've no self-confidence

hasil dari tangkapan bloglama aku. bebelananggunseoranghawa. 6/6/2010 - 4:37PM


hati sudah melepas tangan
nyawa sudah tak mahu lagi berpegangan
rasa ini sudah tidak mampu kutahankan
tak tertahan kerana kamu sayang
tak tertahan kerana kamu cinta

pernahkah kau rasakan
bila satu hari kau begitu menyukai seseorang itu
tapi dia tak rasa apa yang kau rasa
tak memberi apa yang kau pinta
tak ada yang kamu mahukan
tak mahu apa yang kamu mahukan

kurasa dunia kita berbeza
kurasa dunia kita jauh berbeza

pernahkah kau rasakan kau dah melutut kat tangga tu
tapi orang tu tetap tak nampak kau
pernahkah kau ada dekat pintu
tapi dia jalan terus melintas engkau
pernah tak kau jalan
lepas tu orang tak perasan
dan kau jerit
"hey lihat lah aq disini
lihat aku menari
lihat aku tertawa"
mungkin..mungkin satu hari kau akan gila
kerna kau tak tahu aku siapa
pernahkah kau betulbetul mahukan seseorang itu
tapi die cuma tidak tahu
pernahkah kau rasa getaran yang aku rasa
rasa yang aku minta
rasa mahu yang aku mahu
rasa gila yang aku rasa

lihatlah aku disini menari nari
lebih catik dari awek yang kau pegang
ku lagi menarik dari awek yang kau sedang pandang
ku cuma kau tak nampak
ku cuma kau mengelak
lihatlah saja aku
lihat saja aku ini sayang


kuberi sekali saja peluang ini
aku akan berdiri dipintu itu
dan lihatkan aku disitu
dan jika diwaktu itu kau tak nampak siapa aku
kau dungu
kau dungu
kau dungu
kau dungu

hey lihatlah aku dipintu itu
mengharap kau menatap dan melihat aku
lihatlah aku
lihatlah aku
lihatlah aku
lihatlah aku
lihatlah aku
disitu.
ditangga pintu itu
ditangga hati kamu
mahu ku mahu kamu
mahu ku mahu kamu.


# kalau lah aku boleh jadi sekental kata-kata diatas.memang puas dan lega hati ni,kalau lah aku ada confident diri,memang semua ku jerit di telinga kau,kalau lah kau boleh baca fikiran ini,sudah selesai semua tugas yang terbatas untuk disampaikan ini.
i've no self-confidence.yes.its true!
ok.aku ada satu puisi. tapi aku tak terdaya nak publish.. aku takut.. takut apa? takut laaa.. ish.. nanti satu hari aku akan publish jugak.. dan bila sampai waktu tu nanti, korang baca, korang tau knp aku takut. sumpah. rasa ni tak sedap mana. tapi.. aku kene jugak tahan.

puisi tu dag siap..ada dlm draft. tunggu lah nanti..kalau ada, ada lah. kalau takde biar lahh bersarang dlm drft tu.

puiii... rasa macam kene kejar hanjeng!!!

Stress melampau. kecewa mungkin. akhirnya aku tenang!!


jangan datang beritahu, suka. tapi tak ada apa.
jangan dekat ucap, sayang. tapi tak ada bayang.
jangan bisik sebut rindu. tapi tak ada sendu.
jangan cakap jiwa cinta. tapi sengaja-sengaja.

memang aku perempuan.
tapi aku bukan tergolong kelompok amazon feminist.
aku bukan lesbianism.
lelaki adalah makhluk yang aku hormat sebagai kaum berlawanan jenis.

aku menangis. aku tak tahu nak buat apa.
jangan paksa aku. jangan suruh aku itu, ini, tapi cuma aku yang kena.
yang kau mahu, semua aku laksana. apa kerana aku yang jenis bagi muka?

tapi kenapa apa saja, dalam soal hati mahupun rasa, cuba untuk disalah ke aku juga?

waktu aku tak fikir apa2, aku boleh baca nota dua tiga ela.
aku tak sakit belakang dua tiga malam.
tapi kenapa, bila datang nak bicara soal rasa, aku yang kena? aku yang semuanya?

aku bangun, jatuh semula. bangun lagi, jatuh lagi.
sampai bila? sampai bila aku nak macam ni?


mungkin.
aku ini masalah sebenarnya.


p/s: stress sampai nak muntah memang satu benda celaka.


dah.Stop! Aku bukan lagi dungu nak merayu meraung. yang aku terkilan sikap kau. starting from now, aku move on! looking forward. and No turning back! 

somebody told me.. jgn tenung pintu yang dah tertutup tu lama lama..cuba lihat sekeliling, ada pintu yg terbuka dengan cahaya. baik cepat pergi lari kat pintu tu.. 

Lucah atau sains



Lain padang lain belalang,
lain otak, lain akal.

fikirfikir kan lah!