khas untuk kau.

dulu sayangku tak pernah luntur..tapi kau taburkan clorox utk lunturkan nya..

berhenti. selepas bertahun,

terlontar sudah dari bibir kamu, sememangnya aku kau buang,
lama dulu.
tapi kenapa tunggu bertahun baru mahu mengaku?
ahh. manusia. selagi masih ada madu untuk kau hisap, kau hisap sampai kering jiwa aku.
bukan sekadar jiwa aku. tapi jiwa si madu yang lain.

punah! 

dulu,dan akulah yang bodoh itu.
masih tetap sama seperti dulu. 
masih tetap kasihan di bila perlu tercongok tak pernah layu.
terjerumus berkali-kali dengan cerita yang sama.
sedang cuma dia mahu hiburan hati semata-mata.


satu hari selepas liburan
maka peri datang dan beri jawapanpahit. sekali saja kau cincang sampai lumat
tapi aku tetap senyum.

kerana sekalipun lumat, esok aku bangun hati aku akan tetap menyatu
bahkan lebih teguh dari semalam

tak akan aku balik kepada kamu
sampai selepas kiamat sekalipun!

No comments:

Post a Comment