dulu sayangku tak pernah luntur..tapi kau taburkan clorox utk lunturkan nya..
berhenti. selepas bertahun,
terlontar sudah dari bibir kamu, sememangnya aku kau buang,
lama dulu.
tapi kenapa tunggu bertahun baru mahu mengaku?
ahh. manusia. selagi masih ada madu untuk kau hisap, kau hisap sampai kering jiwa aku.
bukan sekadar jiwa aku. tapi jiwa si madu yang lain.
punah!
dulu,dan akulah yang bodoh itu.
masih tetap sama seperti dulu.
masih tetap kasihan di bila perlu tercongok tak pernah layu.
terjerumus berkali-kali dengan cerita yang sama.
sedang cuma dia mahu hiburan hati semata-mata.
satu hari selepas liburan
maka peri datang dan beri jawapanpahit. sekali saja kau cincang sampai lumat
tapi aku tetap senyum.
kerana sekalipun lumat, esok aku bangun hati aku akan tetap menyatu
bahkan lebih teguh dari semalam
tak akan aku balik kepada kamu
sampai selepas kiamat sekalipun!
I'm all alone here,Hugging the words, Kissing the sentences,Building up my mind,Telling you my point of view,My point of you,Feel free to swear,In my own volume,Voice out slowly,Remember out loud.
good news
ada rumah nak dibina.
isi rumahnya adalah orang yang aku kenal.
jadi rasanya, aneh. syukur, jodohnya ditaut rapat.
ini berita manis. serius.
tapi jangan pula dimanis kan carita lain.
isi rumahnya adalah orang yang aku kenal.
jadi rasanya, aneh. syukur, jodohnya ditaut rapat.
ini berita manis. serius.
tapi jangan pula dimanis kan carita lain.
Next trip
Fuh..penat penat.. dah 2 minggu ni asyik settle kan pasal trip nak pergi singapore & kuching tu.. Awal Feb 2013 ni nanti, saya, lie, Iqa (my luvly cousin), razak, dan kawan2 die..ada lebih kurang 8 orang lah yg akan kesana. macam2 dugaan ditempuh..cewahhhh..takde lah..susah betul nak communicate bila semuanya jauh2.. yg jadi mangsa, haruslah saya dan iqa. caittt...stresss tahap melampau tambah pulak dengan beban kerja yg makin banyak..haihhh...stress sampai terkeluar jerawat kecik2 kat dahi.. hihihi..okey..next.
kitorg nanti dari singapore akan terus ke kuching. saya akan teman iqa nak settle kan hal kawen die kat sana.. (al-maklumlah akan kawen dengan org srwk.) yg menjadikan kitorg ni stress bila tiket kapal terbang sangat lah mahal.. last2 terpaksa jugek beli jb-kuching & kuching KL. abes RM300++ utk flight saje..mmg saje nak habes kan duit kan...padahal nak jadikan trip kali ni budget trip.. macam backpackers tu lah.. okey. kitorg (iqa, saya & lie) akan gerak dari shah alam.. dan mungkin kitorg akan naik bus. pada pagi jumaat (1 feb). sampai terus ke singapore. hostel jugek kitorg dah tempah. duduk hostel area sentosa island..dekat lah sikit nak ke uss..
saya dapat bayangkan, bila trip budget camgini, akan terjadi nye makan pun macam kene catu. bawak meggi dari rumah, roti bawak bnyk. no shopping.. kempunan lah nak gi shopping kat orchard road.. yg org gah2 kan sangat tu.. saya suke!
oh yaa..nasib baik jumaat 1 feb tu kitorg cuti ( saya ngan lie cuti sebab hari wilayah, iqa mmg cuti keje malam) kiikiki..kalau tak kene lah nai train jumaat malam tu and sampai singapore pagi2 sabtu... terpk pulak, mesti penat, mana lagi nak cas phone. ish2.. last2 gerak pagi jumaat. settle.
okey..tak boleh nak cerita panjang sbb tak pergi lagi.. tunggu lah lepas pergi baru boleh cerita panjang.. budget trip no shopping, no makanan mewah. agak2 nye nak beli air mineral pun pk 2 3 kali..ihihihi..
oh yaa..aku dah survey and dah buat research pasal area singapore..semua map mrt train dorg.. hope nanti tak sosat lah.. harap2..
ok lah.bye. cekedaut!
Social Media Training
salam. okey, kalau baca kat title entry dah tau yang aku pergi training. pagi-pagi tadi masa siap-siap nak pergi office, dapat call dari encik bos, dia kata aku tak payah masuk office hari ni, dia suruh aku pergi campus, ikut training ni. so, pukul 9 aku sampai then terus naik floor 23. training ni buat kat UniKL city campus. (my campus). yang penting dapat makan free..
jangan bangga sangat okey!
memang manusia mudah lupa dan tidak blh dinafikan sama sekali..apa yg ko dpt dengan berlagak dan memperbodohkan diri sendiri? ko ingt semua tu blh bawak mati ker? ingat kereta, wang, lelaki boleh tlg ko ke masa dlm kubur nanti..disebabkan benda ni la ko jd bodoh cam ni..kesian aku tengok ko tp ko sndiri tak kesian dengan diri ko..So, lantak ko la..aku harap ko tak terpesong jauh sudah..kalau jadi apa2 mungkin itu pengajaran buat diri ko..
nanti akan tiba
...bila kesabaran menemui nokhtah
dendam terus mengorak langkah
dan ketika itu tak ada satu pun kemaafan
yang akan terindah
tak ada
takkan ada.
cyberspace buat org bergaduh
Manusia lebih banyak menghentam daripada mengkritik secara bijak, menasihati dan kalau jiwa tak kuat.. Bila-bila masa saja penulis boleh rasa down sangat dengan komen daripada pihak tertentu.
Aku rasa.. Orang yang berani kutuk orang dekat internet ni adalah kerana dia tahu semuanya akan stay dalam internet sahaja dan bukannya dia akan berjumpa dengan kita pun, makanya kenapa nak takut? Tapi, kena fikir jugak, penulis blog pun ada perasaan. Kalau kau hentam sampai lumat seorang penulis blog ni, macam mana kau rasa dia akan rasa? Kalau jenis tak reti kawal perasaan, kang dia gantung diri sendiri macam mana? Hiperbola kan aku.
Bila mengkritik, gunakan otak. Jangan gunakan emosi kerana akan nampak kecetekan pemikiran kamu. Biar ketinggian diri pendek, jangan otak pendek. Baca blog pun kena bijak juga, jangan hentam sombrono saja. 1 penyataan kamu dalam dunia alam maya ini, orang akan menilai kamu, orang akan nampak kebijaksanaan kamu atau kebodohan kamu. Senang.
Blog seharusnya menjadi satu medan tapak permainan penulis blog itu sendiri. Dan tentunya, kalau kau datang rumah orang, buat cara datang rumah. Kalau tak suka, pergi la rumah orang lain, kenapa nak stay rumah orang yang kau tak suka? Bukan bodoh sombong, tapi kalau menegur hanya untuk menjatuhkan, baik kau diam. Diam itu lebih berharga daripada butiran kata-kata yang berbisa itu.
Ya aku tahu. Pembenci sentiasa ada. Ada dimana-mana. Bukan saja dalam dunia internet ini. Kemuncak kebangkitan mereka untuk meninggalkan kita adalah bila kita jatuh dalam perangkap untuk dia melihat kejatuhan dia. Bila kita bagi perhatian manusia bodoh ini, kita pun akan jatuh dalam kebodohan mereka.
Dah la bila bergaduh, kita bergaduh dengan orang yang kita tak kenal langsung. Tak ke macam bodoh? Asal mana, orang apa, semua pun kita tak tahu tapi dok bertikam lidah nak tengok kita down. Kebebasan bersuara? Kalau terlebih bersuara macam mana?
Aku bukan bodoh sombong. Kalau aku ada salah, tolong tunjukkan. Kalau ada betul, kau nak puji, silakan. Aku bukan 100% sempurna. Aku perlu pandangan manusia seperti korang juga. Aku tak pernah mahu dijadikan role model ke apa, tapi kalau ada baik nya aku dan mahu dicontohi, teruskan. Kalau ada yang kau nampak buruk tentang aku, jangan di ikutkan, tegurkan, please. Ada otak, fikir betul-betul. Manusia tidak sempurna, jangan harapkan penulis blog ini sempurna dan berfikir seperti kau.
Untuk jadi penulis, kau kena kuat. Ataupun kalau kau bukan jenis kuat, lama-lama kau akan belajar untuk kuat. Sebab kalau kau tak kuat, ada manusia akan ambil peluang untuk baling batu sembunyi tangan. Sentiasa ada.
Aku ada benda lain lagi penting nak layan daripada pembenci yang memekik-mekik untuk didengari, untuk diberi perhatian.
Mari kita saling hormati menghormati. Senang sahaja, tak kena bayar. Ke.. Setiap kali kau buat baik, kau perlu dibayar?
bodoh
bila si bodoh
diperbodohkan
bertambah bodohnya
lantas
kebodohan itu
membodohkannya
lalu bagaimana
si bodoh
memperbodohkan
yang lebih bodoh
atau mampukah
si bodoh
dengan kebodohannya
memperbodohkan
si cerdik
yang hakikatnya juga bodoh
Subscribe to:
Posts (Atom)
