Ranap



"kerana aku tidak reti untuk mati,
semata-mata untuk lidah yang kau sewa dari neraka.
kerana aku tidak akan mahumati,
selagi yang benar tidak memberi aku syurga."
(Ranap, sajak Simpan pegang seranah caci)

mimpi


Malam ini aku mahu bisikkan kata cinta dalam setiap mimpi yang aku tempuh. Moga jika dalam salah satu mimpi itu ada kau, kau akan sedar dan tahu betapa aku benar-benar serius dalam hal ini.

aku cinta kau.

To Be A Nerd


Gugup. Takut. Risau.

Aku sedang duduk sendirian. Sedang berseronok duduk sorang-sorang.

Okey aku tipu. Tak seronok sangat pun duduk sorang-sorang macam ni lama-lama. Aku perlu tenggelam dalam dunia membaca agaknya. Jadi nerd. Pakai spec tebal-tebal.

And people gonna call me nerdy. Not loser.

Tapi jadi loser seronok apa. Tenggelam dalam dunia sendiri. Tak perlu nak kisah pasal manusia lain sangat. Kisahkan diri saja. Layan jiwa-jiwa luka. Malam-malam cuba kirakan pusingan kipas dalam satu minit contohnya.

Atau pandang dinding. Pandang dan pandang.

rindu.cinta hati.

Ya Tuhan,
Aku rindu dia.

manusia parasit

sesetengah manusia ibarat macam parasit,
kau menumpang dekat manusia lain yang diibaratkan sebagai host,

kau kikis kebaikan dia, parasit !
kau gunakan dia, parasit !
kau mainkan dia, parasit !

dan akhirnya

kau tinggalkan kesan yang mendalam pada host.

parasit sungguh kau manusia...

hati aku

aku ada hati.
hati aku ada 4 bahagian.
satu untuk DIA
satu untuk ayah ibu.
satu untuk kekasih hati.
satu untuk mereka mereka.

tanpa 4 gabungan tersebut
aku bukan siapa siapa.

kawan


dulu aku pernah cakap pada diri sendiri yang jangan fikir sesuatu itu celaka kalau pun marah nak mampos. sabar. tuhan nak uji la tu. tapi jenis orang banyak dosa macam aku ni, beringat nya sekejap, lalai nye memanjang.

haih! babi!



aku jenis yang tak memilih kawan. siapa kau, dari mana kau, selagi kau hormat apa itu makna kawan, aku on. bermakna, kau hisap dadah ke, kau kaki surau ke, kau kaki study ke, kau kaki ponteng ke, kau pernah rogol orang ke, kau jenis naik turun hotel murahan ke, kau budak kuliah subuh ke, aku tak pernah kisah. selagi kita baik sebagai kawan, aku okay.

sebab aku percaya yang semua manusia buat silap, pergi mati dengan orang yang selalu cakap "kene pilih kawan, kene pandai carik kawan, jangan bergaul dengan budak jahat" or what-so-ever-lah. tuhan bagi kita akal, otak, selagi kita guna, kawan yang bangsat mana pun tak boleh pengaruh kita.

kawan yang baik, dicontoh sebaiknya
kawan yang jahat perangainya, dijadikan pengajaran, dan doa dia berubah.


tapi yang celaka adalah bila kawan yang kononya 'BAIK' mencanang buruk orang sampai satu kumpulan manusia bergaduh, bermaki sesama sendiri, bermasam muka, bertikam lidah.

kau memang celaka, 
dan start dari tu, aku rasa selama ni baik kau tu lebih hina dari silicon.

pergi mati
pergi jauh
jangan tayang muka
jangan tambah dosa aku, memaki hamun orang lain.

demam

demam.

ya aku demam.

ada sape sape yang nak doakan aku supaya cepat sembuh?


perempuan

Walau cantik mana pun kau.
walau cool mana pun kau
walau cerdik mana pun kau
walau cun gile babi mana pun kau

kau takkan dipandang tinggi kalau kau rampas hak orang.

Maksud aku. Suami orang.

Kalau isteri pertama dia setuju, takpelah.

Faham?

Kalau dah jodoh nak buat macm mana,

betul gak . jodoh ditangan Tuhan,


ala , laki bujang melayu ramai lagi der,
diorg masih serba boleh.





p/s juga buat lelaki yg dah ada isteri tapi menggatal dgn perempuan lain sdgkan isteri dia dah jadi yang terbaik. Lu org tak cool der.




YAALLAH YA TUHAN KU. Jauhkan lah aku dr rampas hak orang. aminn

rasa kosong


sejak aku ada blog baru ni, aku rasa aku dah kurang nak update blog..tak tahu lah kenapa.mungkin blog ni tak seceria blog dulu kot..nantinanti lah aku buat.dalam erti kata lain, aku dah jarang menulis dengan sepenuhnya. beberapa tulisan yang wujud di blog ini sekadar notanota pendek yang meringkaskan keseluruhan hidup.

kalau ditanya apa sebenarnya yang terjadi, aku cuma mampu jawab, tiada apa.
tiada apa yang luar biasa. kerana hidup aku berputarputar dan sedang mendepani rutin biasa.rutin anakanak universiti. harihari aku akan bermonolog dengan alam sekeliling.tentang kehidupan hari lepaslepas. tentang kedatangan esokesok yang tak pernah aku sediakan persiapan. dan antara semuanya. aku konklusikan satu. aku ni manusia yang tidak bijak merancang. manusia yang suka tenggelam dalam hanyut dan hanyut berserabut itu yang menjadi arus pusar. menolak aku ke permukaan realiti dan logika.

tadi masa dudukduduk kat rumah ni, seperti biasa, tengok tv tak pun dengar lagu dan kadangkala mengulang lagu yang sama.dan lagu yang berulang ulang itu akan menjadi ayat untuk kotak kataku. untuk kepala dan imiginasi aku merewang.
aku ni banyak benar kurangnya. dari segi apapun. dan untuk itu setiap yang aku ada hari ini,
ibu ayah abang dan adikadik, kawankawan alam maya, kawankawan depan mata,
setiap satunya, adalah harta (yang dipinjamkan) yang tak mampu aku nilaikan.
dan aku tak akan bisa mampu merebut mereka kalau diambil.

jadi kadangkadang bila tanpa sedar dibanding bandingkan bandingkan,
aku rasa aku sedang kehilangan semuanya.
dan untuk orang seperti aku yang kurangnya itu terlampau banyak,
semua seperti menyerabutkan.
dan seterik manapun matahari bersinar untuk aku hari itu,
yang aku boleh rasa adalah rasa kosong.
rasa nsecure, rasa offended, rasa lemah selemahnya.

dan sebelum menahan mata yang masih ingin terpejam ini,
aku sempat memujuk hati.
sesorang pernah kata dulu,

" cantik luar tu, pentingnya kurang. biar awak cantik dari dalam. hati cantik, jiwa bersih. nanti orang yang benar benar celik, tentu nampak. dan siapa yang nampak itulah yang kekal disisi awak. biar bagaimanapun rupa awak lahiriahnya."