rasa kosong


sejak aku ada blog baru ni, aku rasa aku dah kurang nak update blog..tak tahu lah kenapa.mungkin blog ni tak seceria blog dulu kot..nantinanti lah aku buat.dalam erti kata lain, aku dah jarang menulis dengan sepenuhnya. beberapa tulisan yang wujud di blog ini sekadar notanota pendek yang meringkaskan keseluruhan hidup.

kalau ditanya apa sebenarnya yang terjadi, aku cuma mampu jawab, tiada apa.
tiada apa yang luar biasa. kerana hidup aku berputarputar dan sedang mendepani rutin biasa.rutin anakanak universiti. harihari aku akan bermonolog dengan alam sekeliling.tentang kehidupan hari lepaslepas. tentang kedatangan esokesok yang tak pernah aku sediakan persiapan. dan antara semuanya. aku konklusikan satu. aku ni manusia yang tidak bijak merancang. manusia yang suka tenggelam dalam hanyut dan hanyut berserabut itu yang menjadi arus pusar. menolak aku ke permukaan realiti dan logika.

tadi masa dudukduduk kat rumah ni, seperti biasa, tengok tv tak pun dengar lagu dan kadangkala mengulang lagu yang sama.dan lagu yang berulang ulang itu akan menjadi ayat untuk kotak kataku. untuk kepala dan imiginasi aku merewang.
aku ni banyak benar kurangnya. dari segi apapun. dan untuk itu setiap yang aku ada hari ini,
ibu ayah abang dan adikadik, kawankawan alam maya, kawankawan depan mata,
setiap satunya, adalah harta (yang dipinjamkan) yang tak mampu aku nilaikan.
dan aku tak akan bisa mampu merebut mereka kalau diambil.

jadi kadangkadang bila tanpa sedar dibanding bandingkan bandingkan,
aku rasa aku sedang kehilangan semuanya.
dan untuk orang seperti aku yang kurangnya itu terlampau banyak,
semua seperti menyerabutkan.
dan seterik manapun matahari bersinar untuk aku hari itu,
yang aku boleh rasa adalah rasa kosong.
rasa nsecure, rasa offended, rasa lemah selemahnya.

dan sebelum menahan mata yang masih ingin terpejam ini,
aku sempat memujuk hati.
sesorang pernah kata dulu,

" cantik luar tu, pentingnya kurang. biar awak cantik dari dalam. hati cantik, jiwa bersih. nanti orang yang benar benar celik, tentu nampak. dan siapa yang nampak itulah yang kekal disisi awak. biar bagaimanapun rupa awak lahiriahnya."




No comments:

Post a Comment