Sungguh jumpa bakal mak mentua rasa ketar lutut macam nak tercabut. Start longgar tu dari nak gerak dari rumah lagi.Dengar dari orang katalah. Siapa tak ketar kan takut kena uji dengan pelbagai cara. Tanya kerja apalah belajar manalah duduk manalah. Masak depan mak mentua lah.Adoii. Sungguh aku belom lagi nak rasa semua itu. Agak-agak aku dah khatam semua pelajaran isteri mithali baru aku jumpa bakal mak mentua. Siapalah mak mentua aku tu. Dari segi umi? ibu? mama? mak? mummy? aku pun tak tahu.
Bak kata nenek aku. Jangan cari suami orang luar. Aku pun jawab "Nek, angah pun orang luar, tak kan tak boleh kot." jangan cari suami dari negeri itulah inilah. Ya Tuhan banyak sungguh pantang larangnya. "Ni siapa yang nak kawin sebenarnya? aku ke nenek?" curious sedikit. Nanti bukan aku yang naik pelamin, tertukar juga nanti.
Bak kata ibuku yang tercinta sentiasa sempoi. Tak kisah pun siapa semua itu. Sungguh aku ke abang aku ke kawin dulu? Langkah bendul juga kan. Tak apalah, aku dahulukan abang aku. Nanti mengidam pula nak kawin.Haha haha.
Aku tak faham, kenapa zaman sekarang masih ada persepsi macam itu dalam pemikiran mak kepada mak dan mak. Ingat kan semua itu sudah tiada.Tapi masih segar. Kenapa mesti ada pantang larang bab-bab calon menantu ni. Then tanak isteri orang situlah sinilah. Sekarang is sekarang bukan dulu. Dunia dah berubah. Itu peribadi masing-masing. Kalau banyak pantang larang nanti tak bahagia anak cucu. Kesian mereka.
Tak kisahlah apa pun pendirian mereka. Yang penting suami aku itu lelaki. Sungguh habaq hang.Adoii.
No comments:
Post a Comment