Aku tak perlu tahu
Dengan siapa kau bercanda malam itu
Biarpun panggilanku tak berjawab
Dan SMS hanya dibalas senyap
Kerana aku cinta
Panggilanmu ku sambut setiap masa
Tak pernah aku meninggi suara
Biar jiwaku sakit dihentam dusta
Aku tak payah meneka
Ke mana gerangan kau menghabiskan waktu
Sebetulnya aku tak mahu tahu
Informasi yang cuma akan melukakan aku
Kerana aku cinta
Aku biarkan dia berkongsi kamu
Mendapat perhatian dan kasih selalu
Sedang giliranku makin dicatu
Aku tak ingin dengar
Perbualan kalian buatku tegar
Tak perlu menyorok di balik pintu atau di celah-celah buku
Aku tahu dia mencari kemana kamu
Kerana aku cinta
Aku semakin lemah untuk bersuara
Rasa janggal, rendah diri pun iya juga
Bimbang kau tanyakan aku ini siapa
Sedang ku sedar aku bukanlah siapasiapa
Aku tak mahu peduli
Mataku pejam saat kau hilang
Baikku diam dari meradang
Kerana aku cinta
Aku tak patut cemburu
Biar saja masa menentu
Apa kamu untuk dia atau aku
p/s : ok..ini diambil dari blog lama aku. mmg ini dari hati aku.masa tu aku tengah sedih sgt and berasa hati sangat. tapi ini.aku masukkan semula dalam balang blog baru ni sebab ini hasil aku.aku tak mahu hilang hasil aku ini..
No comments:
Post a Comment