nah aku kasi mudah

payah nak scroll??
sini aku kasi tau, semua yang pasal kau ada pada label 

crush, SecretAdmirer

rindu dan suka

Saat yang dimana kau merasai suatu perasaan suka yang tak tertulis dalam kata-kata, tapi dalamnya rasa kesukaan itu sangat dahsyat sekali umpama ombak rindu yang melanda. Maya Karin dengan Aaron Aziz pun ada tau. hambar. hambar.

suka tu..


Aku tak tahu kepada siapa harus dikhabarkan, kepada siapa yang diadukan dan kepada siapa untuk dipinjam bahu. 


Aku merasakan, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah suka, biar terus hanyut dalam lautan suka. Tapi sampai bila mahu hanyut? Nak lemas baru menyesal? Ke dah lemas tapi suka lemas?


suka itu kejam, bukan? Ianya hadir menerjah tanpa permisi, tanpa boleh disentuh tapi dirasakan dalam sanubari. suka bukan surat kebenaran untuk memiliki, suka itu risiko. aku pandai suka, aku jugak kene pandai tanggung kesannya. Kalau takut dengan suka, jangan berdunia, duduk dalam gua.


Rindu tu

Aku mahu mengadu rindu pada kau, tapi aku tahu kau tak mahu tahu tentang rindu aku walaupun melalui cara, patutnya kau dah lebih daripada sedar dan membalas rindu ini dalam kadar segera.


Rindu dan suka tu

kau tak mahu tahu tentang rindu dan suka aku kerana kau tak bisa membalas, kerana dasar rasanya kau tak merindui dan menyukai. Mana boleh nak mengaku rindu padahal sebutir rindu pun tiada? Menipu kang kena ketuk kepala pulak. ye dak?


Rindu dan suka kau bukan milik aku, sayang kau bukan milik aku, cinta kau bukan milik aku. Mungkin takkan pernah jadi aku punya, sepenuhnya. 


ok aku tengah jiwang, tolong layan kan je. suka teruskan baca. tak suka tutup terus blog aku

Rindu dan suka  ni kalau ianya manusia, dia memang seorang manusia yang kejam. Datang sesuka hati, mengkhianati kita dan buat malam-malam kita berenang air mata. Dia mesti jenis kawan yang tikam belakang kawan lain. Tapi diam-diam, dia tetap dipuja sesetengah manusia.


Kan best kalau rindu dan suka itu sesuatu yang wajib dibalas. Maknanya, jika aku merindu kau, kau perlu merindui aku balik, wajib, kalau tak rindu tu boleh dijatuhkan hukuman berat. 


ok.Gila. seperti biasa aku menjadi gila!

Kalau rindu dan suka tu suratan di tangan, aku rasa aku manusia paling bahagia di dunia. Dari rasa rindu dan suka, hadir sayang dan muncul rasa cinta. 


faham tak kat situ?


Bye bye rindu, kau buat aku gila lah bodoh. 

tanpa tajuk


orang cakap,

dari mata,
boleh turun ke hati.

tapi,
bila dah di hati,
dari mata,
membasahi pipi.

ah,
itu tetap sesuatu yang semula jadi,
yang sesuatu ilusi,
tapi aku sangat pasti,
cinta itu,
selalu hadir yang dusta,
sebab nanti ada kisah bahagia.

supaya kita belajar semua rasa.


apa ada pada cinta?

:'(

Allah. kenapa aku ni mudah tersentuh ya? sungguh aku sedih sikit. aku rasa cukup laa setakat ni. aku give up! give up! give up! yaaa.. sbb aku nampak kau mmg tak suka dan tak nak..

kalau betul kau baca ni, dan kau tahu yang aku maksudkan ni kau, sini aku terangkan sikit,

kalau kau tak suka ape aku buat, aku minta maaf. lepas ni aku tak buat lagi.

tapi, kalau kau suka, aku minta maaf sbb aku give up. tapi aku nak kau tau aku tetap suka kau. kalau aku berdiam, kau cari lah aku, bagi tau yang kau pun sama (harap-harap). aku sentiasa ada. kan aku penah cakap, sekarang aku tgh cuba pasakkan kaki aku pada bumi utk kau.

aku menangis lagi malam ni. terkenang kan kau. aku bukan mudah nak jatuh cinta.. lambat. cuma sekarang, aku suka kau. sbb kan perasaan suka tu mmg dah lama ada. aku susah nak buang. perasaan syg mungkin akan ada kalau perasaan suka aku dibalas dengan suka. yaaa..itu aku suka!



aku rasa cukup sekadar layanan kau pada aku sekarang dah buktikan yang kau mmg tak suka. sekian.

kacangkah seperti seni lirik?

"Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi,
Tapi benarkah hidup aku kan selama ini...?

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi,
Tapi benarkah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini..?"
                                                                                                            Imran Ajmain , Seribu Tahun


Bukan semuanya Imran Ajmain, yang sanggup menunggu cintanya untuk seribu tahun lagi.
Bukan semuanya Imran Ajmain, yang sanggup mengejar cintanya untuk seribu batu lagi.


Hati yang pernah sekali tegar dalam cinta, kadangnya akan rapuh dan penat untuk sentiasa memberi dan kini menghulur tangan untuk menerima.


"Yang selalu memberi, ingin sekali sekala jadi penerima.."
                                                                                           Imran Ajmain, Selamat Ulang Tahun Sayang 


Metafora dan hiperbola puitis seni sesuatu lirik kadangnya membuat aku mengharapkan cinta aku sehebat kata-kata pujangga, walhal di dasarnya cinta bukan sekacang itu. 

Kau rasa?

nanti

Satu hari nanti akan ada yang tulus mencintai aku apa adanya, seadanya aku, sepenuhnya biasa biasa aku. Menerima hambar kelamnya seorang aku.


Yang akan menerima, lompong lohong kosong yang kurang, dan mengisi dengan penuh pengisian yang indah, dengan tersendiri, terindah.


Yang tak perlu aku menjadi perempuan sempurna sebagai syarat berkasih, tapi cintakan apa adanya seorang aku dengan terpaling.


Aku yang lain daripada perempuan lain daripada pelbagai segi, tercipta untuk kamu yang terindah. 


Berbiasa-biasa kita,
Bercinta-cinta kita. 

rasa

rasa ini rasa bangang.

cuma mahu monolog.
jangan.
jangan salah faham.

sampai bila?

aku tahu tingginya bintang
aku tahu dalamnya lautan
aku tahu aku tak daya

aku tahu aku siapa
aku tahu kudrat tiada
aku tahu lemahnya rasa
aku tahu itu semua

jika kau tanya mengapa?
jika kau tanya sampai bila?

sini aku kabarkan;

"mentari tak pernah padam
walau terbenam ditabir malam
bintang 'kan terus bersinar
biarpun terlindung sebalik awan"


kepada kau. encik.

oh encik arjuna. dengar lah sini..!! aku suka kau..kau tau tak? kau tau atau kau buat buat tak tau atau pun kau memang betul tak tau. tolong lah percaya. ok!

sejujurnya, aku sangat lah suka bila kau reply msg aku. yang paling aku suka kau tanya aku balik.. ohoiiii... mcm dapat emas tahu?? haha! ok.. aku serious.. aku mmg suka habes! mmg aku malu.. tapi nak buat camana?? aku suka.aku suka. ok?

aku tak tahu lah kau baca ke idak belog aku yg tak seberapa ni.. bakal (bakal kakak ipar den) ada ckp, yg hati die kata kuat kau baca blog aku. aaaaaa...aku tak yakin punnnn sebenarnye.. biaq pi lah nah..hehe.. macam ni..aku tak tahu ape nak ckp. kalau kau baca dan kalau kau tak baca.
kalau kau baca, aku suka..tapi tu kalau kau tahu kau lah yg aku maksudkan. tapi kalau kau tak tahu? tak guna jugak..ye dak?? dan kalau kau tak baca.. sampai bila pun kau takkan tahu.. eyh...merepek! entah laa... aku blur! aku blur!!

macam ni, kalau kau tahu aku suka kau.. tapi kau tak suka.. kau bg tau laa aku. ye..boleh tak? aku bukan ape..kadang2 aku ni ada jugek perasaan malu nye.. alahaiiii.. tapi, kalau kau suke jugek.. alahaiii...alangkah gembiranye aku tak terkata. ok bai! aku perasan! behave..behave..

sekarang ni aku tertanya tanya.. tapi aku tetap kene sabar.. nak dpt berlian kene laa usaha lebih.. ye dak?


kerja gila lagi hoi!


tidakkkkkkkkkkkk....aku buat benda bodoh lagi... ni yang aku malas kalau aku online kat macbook ni..tangan ni gatal sangat. stalk lagi fb kau. tgk gambar. eyh! gile ke ape???

arghhhhhh...

sambung baca kitab terfaktab lagi baik...

*seminit*

tutup buku. bukak facebook. sambung stalk.

hoi! aku mmg takde keje!

sebenarnye..nak nangis pun ada.. sebab kau buat tak tahu dengan aku.. kadangkadang aku tunggu msg dari kau.. atleast say "Hii" .. kalau lah dapat tu pun aku dah melompat lompat happy.. kalau kau msg panjang lebar lagi lah..haih.  *tok sah nak berangan shera oi..!*

perempuan ialah makhluk yang paling handal menangis selepas bayi. Punyalah handal sampai mereka boleh menangis tanpa sebab.